RCI- NAMPAK MACAM TAK RASA BERSALAH LA PULAK...KEH..KEH..SEDANG BERDERAMA ATAU REALITI..NANTI KTA LIHAT YA..

 

Hishammuddin kemuka cadangan RCI isu LCS ke Kabinet esok



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap isu kapal tempur pesisir akan dibawa ke Kabinet, esok.

PETALING JAYA: Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein akan membawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat isu pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) kepada Kabinet, esok.

“Saya memberi jaminan kepada YB (Yang berhormat) selepas ini, saya akan bawa ke Kabinet ini pandangan Dewan Negara walaupun bukan semua kerana ada ahli yang tidak bersetuju penubuhan RCI ini. Ini menjadi tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet Rabu ini (esok) dan saya akan lakukan,” katanya menggulung perbahasan usul berkaitan projek LCS, di Dewan Negara.

Usul itu dikemukakan Senator Lim Hui Ying mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (1) berkaitan isu berkepentingan awam yang memerlukan segera dibahaskan. Seramai 10 ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan kira-kira sejam itu.

Menurut Berita Harian, Hishammuddin turut menjelaskan status menyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) sudah dimulakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

Katanya, pengauditan forensik projek LCS pula akan mengambil masa, sementara menunggu kelulusan peguam negara kerana dokumen itu bukan milik kerajaan, sebaliknya dimiliki Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Beliau berkata, apabila semua dokumen itu dinyahklafikasikan, orang ramai boleh melihat sendiri siapa yang rasuah, termasuk apa dikatakan penyelewengan itu untuk pertimbangan masing-masing.

Mengulas mengenai peralatan LCS yang dibeli dikatakan sudah usang seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), perkara itu sudah dijawab Panglima Tentera Laut Mohd Reza Mohd Sany, yang mana ada sokongan jaminan sehingga 30 tahun atas sebarang risiko peralatan itu.

Katanya, sokongan dan jaminan itu membabitkan barangan utama termasuk enjin, sistem janakuasa, radar, sonar, meriam dan misil.

Beliau turut mengulangi keputusan Kabinet yang bersetuju dengan pelan pemulihan projek LCS yang membenarkan tempoh mobilisasi dilaksanakan selama enam bulan bagi membolehkan rundingan dibuat dengan pihak pengeluaran produk tulen (OEM) dan vendor tempatan, seterusnya memuktamadkan perancangan perolehan LCS seperti yang diperlukan oleh tentera laut.


No comments: