LAPORAN JAWATANKUASA KIRA KIRA WANG NEGARA





 

NIK HASYUDEEN

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung dengan perolehan kapal peronda generasi kedua - Littoral Combat Ship (LCS) 2/10

Ringkasan Eksekutif

Sebelum laporan terperinci, ada ringkasan eksekutif yang berbentuk grafik yang memberikan gambaran kasar dapatan PAC berkenaan perolehan kapal LCS.

Kaedah yang diambil oleh PAC ini amat kreatif kerana tentunya tidak ramai rakyat yang akan membaca keseluruhan laporannya. Jadi infografik menyenangkan mesej yang mahu disampaikan sampai kepada rakyat.

Di antara dapatan kasar yang terkandung di dalam ringkasan eksekutif adalah:

1. Reka bentuk terperinci (detailed design) kapal belum dikemukakan

2. Ada arahan pemberhentian kerja

3. Arahan penukaran (variation order) alatan utama

4. Pembayaran melebihi kerja sebenar

5. 15% dari inventori bernilai RM 1.7 bilion (RM 255 juta) sudah usang (obselete)

6. Lebihan kos sebenar berbanding anggaran (cost overrun) berjumlah RM 1.4 bilion

7. Kapal-kapal LCS sepatutnya mula diserahkan kepada TLDM mulai April 2019 tetapi kemajuan pembinaan kapal yang pertama setakat laporan PAC berkenaan hanyalah 44%

8. Kapal LCS ke 6, KD Mat Kilau masih belum dimulakan pembinaannya walau pun dijadualkan diserahkan kepada TLDM pada Januari 2023

PAC juga membuat pelbagai saranan, di antaranya:

1. Laporan JKSTUPKK berkenaan perolehan LCS dinyahklasifikasikan (declassify) sepenuhnya

2. Pihak Kementerian Pertahanan perlu membuat laporan kemajuan projek LCS secara berkala kepada 3 setiap 3 bulan

3. SPRM mengambil tindakan berdasarkan laporan JKSTUPKK dan audit forensik

Selepas ini kita akan lihat sendiri kandungan laporan PAC ini secara lebih terperinci

 

 

No comments: