MANUSIA PELBAGAI WAJAH

 Manusia pelbagai wajah…

JIKA INGIN BERNIAGA BELAJAR DGN PENIAGA
Jika anda ingin berniaga kedai baju tanyalah kpd peniaga kedai maju yg berjaya. Bukan spend ribu2 ringgit pada kelas2 perniagaan. Sbnya mereka itu hanya bijak bercakap tapi tiada bukti mereka berjaya dlm perniagaan kedai baju.
Semua ucapan mereka itu ilmunya boleh didapati di buku dan Youtube. Berhati hati takut duit habis perniagaan entah di mana. Mereka itu bukan motivator yg betul utk rujukan tapi mereka itu penglipur lara.
Jika ingin belajar agama jgn memilih guru selebriti. Sebab ramai guru selebriti skg yg guna hadis palsu dan membicarakan hal2 agama utk menyeronokkan pendengar sahaja.
Itulah sebab ada yg kata dia nampak malaikat…yelah Piramid pun gurunya kata 15km tinggi. Berhati hati sebab guru selebriti ini ramai yg penglipur lara.
Jika ingin bersedekah cuba elakkan wang ringgit, beli saja keperluan pusat pengajian agama tersebut. Acapkali saya telah diceritakan wang sedekah disalahgunakan oleh pengurusan pusat pengajian.
Kisah Ezzat Tahir adalah kisah terbaru scammer yg menggunakan agama utk kesenangan hidup. Dia manusia pelbagai wajah… dia boleh tunjuk gambarnya ke Mekah, dia boleh jadi Pengerusi Tahfiz, dia boleh tunjukkan kemewahan hidupnya dan dia juga boleh main golf bersama caddy golf yg jelita.
Tgkkan gaya dia bukan sahaja boleh buat hole in one tapi one in many hole. Dunia tipu tipu ini di mana2 boleh berjumpa penglipur lara…semua menunjukkan mereka org baik2 dan berilmu. Ingat saudara cheating is a choice not a mistake.

No comments: