HADI TIDAK PERNAH INSAF, TERUS MAIN FITNAH JAHATNYA DEMI UNTUK BERSAMA PENGKHIANAT DAN KLUSTER MAHKAMAH




Dipetik, PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan tentang ‘bahaya’ yang bakal dihadapi umat Islam dan orang Melayu sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi ruang untuk berkuasa semula di negara ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PH pernah mencabar Islam, Perlembagaan Persekutuan dan institusi Raja-raja Melayu.

Sepanjang fitnah Hadi terhadap PH, tiada satu bukti dan fakta pun yang mampu Hadi tunjukkan untuk menyokong dakwaannya kecuali keluar dari mulut busuk Duta Khas yang makan gaji buta itu. Kalau tanya kita, kita punyai banyak lambakan fakta dan bukti untuk menunjukkan parti lebai ini sebenarnya penunggang agama.

Kita boleh bawa fakta dan bukti berkaitan hudud, RUU 355, kilang arak, pusat judi, isu Arwah Adib dan banyak lagi isu2 yang dulunya menjadi modal Pas, kini Pas campakkan ke longkang setelah mendapat nikmat jadi sebahagian dari kerajaan.

Percayalah, selagi Hadi memimpin Pas, parti ini akan terus dilihat sebagai parti yang bermain dua kolam dan sanggup jafi 'pelacur politik' asalkan dapat nikmat jawatan dan kedudukan. Ayat Al-Quran tentang jangan cenderung kepada kezaliman, kelak dibakar api neraka, ayat ini tidak lagi menjadi mukaddimah ucapan pemimpin2 Pas.

Yakinlah, menentang Pas sekarang adalah kewajipan kalaupun tidak jihad demi untuk selamatkan agama Islam dari ditunggangi oleh parti kemaruk kuasa ini.

WFAUZDIN NS

 

No comments: