MENTERI KALAU BODOW ..JAWAPAN PUN MACAM BODOW JUGAK...KEH..KEH....MALU KE ORANG LA WEIIII

 

Rakyat perlu bersyukur, harga barang di Malaysia kedua terendah di Asean, kata Annuar




Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa, berkata laporan Bank Dunia meletakkan Malaysia negara kedua mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean.

PETALING JAYA: Harga barang terutama produk makanan di Malaysia antara terendah dalam kalangan negara Asean, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa.

Bagi menyokong kenyataannya, menteri komunikasi dan multimedia itu merujuk kepada laporan Bank Dunia berhubung program bakul makanan, iaitu diet makanan sihat.

Annuar berkata, laporan itu menunjukkan perbandingan antara semua negara Asean untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria diet sihat mengikut negara.

“Laporan berkenaan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean. Ia turut melibatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Annuar berkata, banyak pihak cuba mempolitikkan isu harga barangan sehingga menjalankan demonstrasi, sedangkan tindakan itu tidak membantu kepada penurunan harga makanan.


No comments: