Lelaki ditembak mati, kumpulan penjenayah aktif sejak 2009 tumpas - Polis

 

Bernama
Lelaki ditembak mati, kumpulan penjenayah aktif sejak 2009 tumpas - Polis
Azmi (dua, kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang bergerak aktif sejak 2009 dengan menembak mati seorang lelaki dan menahan lapan suspek yang lain, dalam beberapa operasi di Lembah Klang, pada Sabtu lepas hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata suspek ditembak mati merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun, yang melepaskan tembakan terlebih dahulu ketika pasukan polis menyerbu tempat persembunyiannya di sebuah kondominium di Salak Selatan di sini, pada 10 malam Sabtu.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap mayat suspek membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact berwarna hitam, mengandungi lima butir peluru hidup.

No comments: