Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang bodoh. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita bodoh atau takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka?. Jika tak mampu nak didik orang2 negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.
Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah. Singkirkan, kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.
Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa. Luahkan di dalam setiap doa kita.
Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun ada orang tak suka. Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang suka. Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam Dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat apa.
Nilaikanlah seribu kali diri sendiri sebelum anda menilai orang lain, kerana kita seringkali terlupa manusia masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Masing2 ada masalah tersendiri. Jika tak suka di nilai maka, berhentilah menilai orang lain.
Tak perlu nak mengata orang sangat, kalau diri sendiri pun tak perfect. Jangan ada rasa diri kita ni sentiasa bagus dari orang lain. Dan juga jangan rasa diri kita sentiasa betul dan orang lain salah. Bila kita selalu rasa diri kita sentiasa betul, mungkin kita ada masalah hati.
Aku ada dosa, kau pun juga ada dosa. Antara banyak atau sikit je jadi ukuran perbandingan. Tak perlu mendabik dada untuk meletakkan diri kita lebih mulia dari orang lain. Usah jadi manusia yang nampak silap orang lain, tetapi tidak nampak silap sendiri.
Kita tak boleh hidup keseorangan di atas muka bumi ini. Carilah sahabat yang sentiasa boleh membantu kita, bukannya yang cuba menjatuhkan kita. Lebih baik menjauhi dari orang yang merasa dia saja yang betul, dan kita sentiasa bersalah.