Ini tak pasti. Pemikiran luar kotak atau pemikiran luar otak.
Sama ada KBAT atau CBAT.
Nazri Aziz cadangkan agar musim banjir dijadikan pesta untuk
tarikan pelancong atau pelancongan suka rela (volunteer tourism).
Aku malas nak ulas panjang. Bukan tak menarik idea dia. Agak
menarik kalau dilihat seimbas lalu. Tapi ada perkara perlu difikirkan.
Pertama, banjir kita bukan banjir air jernih macam satu video
yang aku pernah lihat berlaku di luar negara. Tapi banjir lumpur.
Lumpur pula datang bersekali dengan kayu balak. Jangan salah
faham. Aku tak kata pembalakan punca banjir. Sebenarnya banjirlah yang jadi
punca pembalakan.
Banjir yang berlaku juga ada meragut nyawa. Bukan sesekali tapi
setiap kali. Bukan hanya seorang dua tapi berbelas bahkan berpuluh.
Jadi banjir yang berlaku di negara kita bukannya indah tetapi
musibah.
Cuba beritahu aku, berapa ramai manusia berakal senget seperti
Nazri yang hendak berpesta tatkala musibah sebegini melanda?
Cuma menariknya, Nazri kata, kalau kita dah tahu ia akan melanda
setiap tahun, kenapa kita tak jadikan ianya seperti satu pesta.
Apa yang menarik?
Kenyataan Nazri membawa makna setiap tahun kerajaan tahu banjir
akan melanda. Jadi jika begitu, sepatutnya setiap tahun kerajaan telah bersedia
untuk hadapi bencana ini. Tapi kenapa yang berlaku adalah sebaliknya?
Daripada jadikan ianya pesta, dengan kerajaan nak kutip duit
semasa rakyat ditimpa musibah, kan lebih baik kalau kerajaan persiapkan jentera
untuk bantu rakyat.
Cadangan Nazri ni boleh diumpamakan seperti kenakan bayaran
untuk menziarah jenazah. Tak tahu orang lain, tapi pada aku ianya sangat kejam.
Pelik manusia sebegini masih diberi peluang untuk berada dalam
arena politik Malaysia. Sepatutnya dah lama dilenyapkan. Guane boh?