Pendedahan bersiri dibuat oleh Pengerusi SaveKelantan Husam Musa terhadap penyelewengan agensi dan jabatan kerajaan Kelantan khasnya mengenai pembalakan, akhirnya dibawa ke mahkamah apabila syarikat yang dikaitkan dengan "pencurian" balak dan pemiliknya Mohd Hafiz Mohd Rasdin menayaman beliau.
Bagaimana pun Husam menolak saman itu dengan memberi alasan kerana ia menyalahgunakan mahkamah dan cuba menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat dalam kes kecurian balak di kompartmen 25 Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri.
Walaupun Husam minta mahkamah menolak saman itu, tetapi hakikatnya saman berkenaan seperti dinanti-nanti oleh pengerusi SaveKelantan itu. Bagi mereka yang arif dengan cara dan politik Husam, tahu sangat taktik dan strateginya untuk membawa sesuatu isu ke dalam mahkamah. Dalam kes ini beliau sudah berjaya.
Dengan saman berkenaan Husam berpeluang untuk mendedahkan apa-apa maklumat dan bukti yang didapati dan sudah berada dalam tangannya yang tidak boleh didedah di luar mahkamah kerana ia bersifat rahsia dan bertentangan dengan undang-undang.
Namun apabila ia disaman, beliau bebas untuk mendedahkan bukti didalam mahkamah nanti. Ini yang ditunggu Husam. Kita berharap akan berlaku perbicaraan penuh berhubung saman berkenaan kerana kita ingin tahu apakah rahsia atau pun doukumen yang ada kepadanya. Kita mahu tengok dengan jelas muka-muka atau tangan ghaib yang berada di sebalik penyelewengan dan rasuah yang berlaku di Kelantan itu.
Selalunya Husam tidak bercakap dengan tangan kosong, melainkan beliau sudah bersedia dengan segala bukti dan fakta yang lengkap.
Tindakan syarikat dan pemiliknya menyaman bekas Exco kanan Kelantan itu seperti sengaja mahu menelanjangkan diri sendiri dan secara tidak langsung akan mengheret sama pemimpin tertinggi kerajaan Kelantan termasuk MB Ahmad Yakob.
Husam sendiri menyifatkan saman itu sebagai perbuatan menggantung diri.
Apakah saman itu ada motif untuk memburukkan pimpinan tertinggi Kelantan khasnya Ahmad Yaakob kerana ada pihak yang ingin menandah tuak nipah disebalik pemotongan tandannya? Trims.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SKjizrAnqgTniU3nZNWXCerVZnfqPkzgBGFKC5QRmkr4uCj8reP32g8iQi7QaxPVl&id=100004822655567&sfnsn=mo