NORMAN RADZUAN
Alhamdulillah Siti Aishah Shaik Ismail telah pun selesai urusan dgn
pihak PDRM sebentar tadi. Menurut ceritanya pihak polis telah hadir ke rumah
utk meminta Siti Aishah ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil lebih kurang jam 1
tgh.
Ini adalah kerana ada laporan terhadap video Tik Tok Siti Aishah
yg viral (khabar jutaan view) mengenai isu harga barang sebelum ini. Syukur
apabila berita ini viral di media sosial, Peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin telah segera ke Jabatan
Siasatan Jenayah di Sg Senam utk membantu memberi khidmatnya kpd Siti Aishah.
Menurut Peguam Amirul ia sekadar merekodkan kenyataan Siti
Aishah. Jam 3.30 semuanya selesai. Saya baru sebentar tadi menghubungi peguam
muda ini dan dia melahirkan rasa kesyukuran ia selesai dgn mudah. Dia akn
memantau kes ini jika ia dilanjutkan namun berharap ia selesai di situ sahaja.