GST DIRANCANG - RAKYAT KECUNDANG


 

GST

*Posting panjang*

Ada rakan di sini minta saya ulas cadangan mengenai pengenaan semula GST. So here goes…

1. Sebagai salah seorang pegawai yang terlibat dalam merangka dan menggubal undang-undang berkaitan GST dan Anti-Pencatutan, pendirian saya senang: GST adalah lebih efisyen dan menyeluruh pemakaiannya, berbanding SST. Ia sesungguhnya lebih menguntungkan. Daripada kutipan SST hanya RM20 biliion setahun, dengan pengenaan GST, Kerajaan boleh tambah pendapatan sehingga RM45 bilion setahun.

2. Sekarang kita tahu ia baik untuk Kerajaan. The main issue is: adakah GST ini baik untuk rakyat?

3. Bila pertama kali GST diperkenalkan, ini merupakan isu2 berbangkit yang membuatkan ramai kurang berkenan:

(i) GST dikenakan pada tahun 2015, bilamana inflasi negara dan harga barang pada ketika itu meningkat dengan banyak. Untuk rekod, kadar inflasi negara pada tahun 2014 adalah lebih tinggi dari kadar purata dunia. Orang bising kerana dengan pengenaan GST, harga barang nescaya akan jadi lebih tinggi.

(ii) Lepas GST dikenakan, true enough inflasi makin meningkat. Walaupun itu perkara biasa di kebanyakan negara. Tetapi selalunya hanya tahun pertama dan kedua. Namun di Malaysia, selepas tahun ketiga masih lagi kekal tinggi. Inflasi hanya turun dengan signifikan pada tahun 2018 selepas PH mansuhkan GST.

(iii) Peniaga tempatan termasuk SME dan SMI tidak dapat refund GST dalam masa yang dijanjikan. Sehinggalah Kerajaan BN jatuh pada tahun 2018, Kerajaan masih berhutang hampir RM20 bilion kepada peniaga tempatan. Yang heran cukai dah dikenakan, dah masuk kantung Kerajaan. Macam mana refund tu tak boleh dibayar? Ke mana hilangnya? PAC sudah siasat dan confirmkan kerajaan Najib langgar undang2 kerana guna refund GST untuk kegunaan lain pula.

4. Jadi kita tengok pengalaman GST ni dikenakan pada kali pertama. Ye, ia tambah pendapatan kepada Kerajaan, tapi nampak sangat menyusahkan rakyat. Bukan saja rakyat marhein yang terkesan kerana inflasi meningkat, tapi sampai peniaga pula yang susah nak dapat refund. Makanya, mana logik statement Najib Razak yang kata kalau GST ada hari ini, Rakyat akan senang?

5. Pada saya walaupun GST ini sistem percukaian yang efisyen, isu pokok yang perlu ditanya ialah sama ada masanya sesuai? Dengan inflasi semakin meningkat, kadar tukaran wang asing makin teruk, bursa saham makin menjunam, perlu ke ditambah beban rakyat dengan pengenaan GST? Kalau boleh tangguh lah dulu.

6. Kalau betul nak tambah pendapatan Kerajaan, kenakanlah cukai bentuk lain yang tak membebankan rakyat marhein. Contohnya Luxury Tax, Capital Gain Tax, Carbon Tax dan pelbagai tax lain yang cukainya menjurus lebih banyak kepada golongan T20, golongan yang berkemampuan.

7. Benda ni bukan benda baru. Sebagai contohnya Luxury Tax tu ialah cukai khas untuk barangan mewah seperti Yacht, Supercar, barang kemas dan mewah. Beratus negara dah pratikkan termasuk Thailand dan Indonesia. Kenapa Malaysia tak buat?

8. Kalau ketegaq sangat nak buat GST, perlu pikir cara lain yang tak bebankan rakyat. Cadangan saya,

(i) Mula dengan kadar rendah dulu. Jangan la sampai 6% sekaligus. Singapura kenakan GST secara berperingkat. 3% dulu pada tahun 2007. Baru ia naik ke 7% sekarang.

(ii) Banyakkan lagi pengecualian GST terutamanya untuk barang2 keperluan golongan B40 dan rentan. Seharusnya golongan miskin bandar, miskin tegar dan miskin pandemik tidak harus terkesan lebih teruk dengan pengenaan GST.

(iii) Banyak mana pun jumlah kutipan GST, Kerajaan perlu masukkan dalam tabung khas. Jangan disentuh buat benda bukan2. Macam nak bayar hutang 1MDB ke, atau nak bayar maintenance dan naik taraf Istana Negara ke. Parlimen kena ada kuasa nak semak macam mana duit tu dibelanjakan. Kerana ini duit Rakyat.

(iv) Kerana GST ini sememangnya duit rakyat, makanya Kerajaan kena guna khas untuk kebajikan rakyat. Gunakanlah duit tu untuk baikkan mutu Pendidikan, baikilah sekolah daif dan di pendalaman. Bagi lah lebih banyak laptop kepada golongan rentan. Jangan pula duit tu dibuang untuk projek mega pula. Balik2 yang untung kroni jua.

9. Lagi satu yang paling penting, ni kita kena cakap. Walaupun banyak mana cukai dan duit rakyat yang masuk dalam kantung Kerajaan, tapi kalau kantung bocor sana sini, banyak pula ketirisan, tiada makna jua. Makanya, Kerajaan kena berusaha lebih kuat untuk elakkan rasuah dan salah guna kuasa.

10. Sebagai perspektif, negara hilang RM40-RM60 bilion setahun sebab rasuah dan ketirisan. Itu sama dengan kutipan GST tahunan. Jadi soalan yang perlu ditanya, adakah perlu kita bayar GST bilamana duitnya most probably end up ke tangan2 golongan musibat perompak negara? Lagi baik lah kiranya, Kerajaan gembleng usaha perangi rasuah dan ketirisan. Boleh jimat hingga berpuluh billion setahun. Bukanlah lagi elok lagu tu.

https://www.astroawani.com/.../apabila-rasuah-menang...

11. Saya percaya GST takkan dikenakan dalam jangka masa terdekat. Ini suatu suicidal move kepada Kerajaan sekarang. Kalau iapun, ia hanya dikenakan selepas PRU, kalau BN menang.

12. Apapun sebagai rakyat kita kena bersedia dan hadap. Kalau betul caranya, kita kena sokong. Anggaplah, ini satu bentuk pengorbanan kita kepada negara. Kata orang senang sama-sama, susah sama-sama.

13. Tapi kalau guna GST hanya untuk tutup lubang hutang yang Najib tinggalkan atau untuk golongan musibat merembat harta Kerajaan, itu wajib dan harus kita tentang habis2an.

Wallahu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki