TUU DIAAA=PATUT MAK LAMPIR DAN LAIN LAIN ADA CADANGAN NAK BELAH DAH

 

Bersatu Bahagian Kangar didakwa lumpuh, ketua cawangan, AJK dan ahli keluar parti




Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Kangar, Shaharani Husin yang meletak jawatan berkata, tindakan keluar parti beramai-ramai itu secara tidak langsung memberi kesan kepada Bersatu Perlis menjelang PRU15.

PETALING JAYA: Bersatu Bahagian Kangar didakwa lumpuh selepas hampir semua ahli jawatankuasa (AJK) dan ketua di lapan cawangannya meletak jawatan serta keluar parti.

Utusan Malaysia melaporkan hampir 1,000 ahli di bahagian itu dikatakan turut mengikut langkah sama, selepas hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian merangkap Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Selain Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Kangar, Shaharani Husin, turut meletak jawatan ialah ketua Pemuda Bersatu dan pemangku ketua Wanita selepas mencapai kata sepakat kecewa dengan kepimpinan Abu Bakar.

Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau, Sharif Abdul Razak turut mengumumkan peletakan jawatannya.

Difahamkan, kepimpinan bahagian itu kini tinggal Abu Bakar dan beberapa AJK.

Shaharani berkata, kepimpinan bahagian dan negeri dilihat lari daripada perjuangan asal parti, selain bersifat berat sebelah dengan meminggirkan kebanyakan AJK yang menang dalam pemilihan parti sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya tiada masalah dengan kepimpinan Bersatu pusat, sebaliknya keputusan itu akibat kecewa dengan Abu Bakar.

“Lantikan yang dilakukan Abu Bakar dalam senarai AJK bahagian dilihat seperti meminggirkan kami yang menang dalam pemilihan sebelum ini.”

Katanya, tindakan meletak jawatan dan keluar parti beramai-ramai itu secara tidak langsung menyebabkan Bersatu Bahagian Kangar lumpuh dan memberi kesan kepada kepimpinan negeri menjelang pilihan raya umum ke-15.

Buat masa ini, katanya, mereka belum memutuskan untuk menyertai parti lain.

Sementara itu, Setiausaha Bersatu Bahagian Kangar, Azahar Hassan bagaimanapun menafikan bahagian itu lumpuh.

Katanya, hanya tiga ketua cawangan dan beberapa AJK meletak jawatan serta keluar parti.

“Kami tiada halangan dan menerima serta mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan ini kerana parti akan berada dalam keadaan lebih kuat memandangkan selama ini mereka tidak langsung memberi sumbangan kepada parti dan lebih kepada mengganggu perpaduan dan ketenteraman dalaman parti.

“Sesungguhnya, kami tidak terjejas dengan tindakan ini, malah AJK Bersatu Bahagian Kangar lebih bersemangat kerana kacau ganggu telah tiada. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua,” katanya dalam kenyataan semalam menerusi Facebook Bersatu.



No comments: