Adibah Noor meninggal dunia





Adibah Noor dilaporkan meninggal dunia pada 7.45 malam tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon serba boleh Adibah Noor meninggal dunia pada 7.45 malam tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara, selepas mengalami sesak nafas.

Berita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon Emylia Rosnaida, lapor Astro Awani.

“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar 8 malam.

Selebriti disenangi ramai dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun.

Minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama portal hiburan selepas tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.

Namun, dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara itu disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet lebih sihat sejak Ramadan lalu.

No comments: