IZZUL SHAHMI
1.
Syarikat Travel Umrah
Tulis
dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid. Turun je lif, jalan
sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua ni sakit lutut baca
iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus meter. Mutawif @ ejen
pun cakap
"Makcik
pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan komplen. Nanti takut niat kita nak
ibadah terhalang, habis semua jadi susah."
Makcik
pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la diam je.
2. Pusat
Tahfiz
Kutip
derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak. Bertahun-tahun kutip derma,
tapi asrama student level reban ayam. Safety tak dak. Fire extinguisher tak
dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas
"Zaman
Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je melahirkan generasi
bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak wajib ikut."
Tapi
mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.
3.
Founder Produk
Blend
kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh habbatussauda sikit.
Gula 15 gantang, packaging tulis "Makanan Sunnah". Claim boleh ubat
100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut, sakit
sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua yang dah sah-sah ada
penyakit-penyakit tu.
Bila kita
kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun. Lagipun tinggi gula. Bahaya.
Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak boleh baca terus.
Dia balas
"Inilah melayu. Nak jatuhkan melayu. Macam mana ekonomi Islam nak
naik?"
Senang
kerja. Founder kaya raya.
4.
Penceramah selebriti @ Kursus Kahwin
Jenis
dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna ayat @ hadis palsu yang
sangat popular "Akak-akak kalau mintak cerai daripada nanti bergegar arasy
Allah. MashaAllahhh"
Arasy tu
bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah lebam biru muka kene tinju
takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya dalil atau sumber hadis,
dia jawab
"Wahabi!"
Simple
kan? Sepatah je.
5.
Parti-parti Politik Bersadurkan Agama
Masa
sebelum pilihanraya, janji tadbir urus Islamik. Janji nak tegakkan hukum islam.
Masa ucapan siap petik ayat quran hadis, siap baca loghat badwi padang pasir.
Bila dah dapat kuasa... sungai kotor, balak tebang, harga barang tak boleh
kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah ajar tengok
astrologi ala-ala islamik pun tak kena gam. Tak nampak wajah Islam tu di mana.
*************************************
Sebenarnya,
P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga Abdul, monolog Husein
Lempoyang lakonan Nyong Ismail,
"Dunia..
dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada meniaga onta."
Hakikat
yang sekarang ni..
"Dunia.. dunia..
meniaga agama lagi bagus daripada meniaga onta."