Mujahid pilih jalan damai menggalakkan fitnah berlaku?
KES LIBATKAN PARTI BUKAN SEKADAR INDIVIDU
Bila kes saman fitnah Asyraf tiba2 Mujahid umumkan pilih jalan damai saya terkejut. Dari satu sudut Mujahid tunjukkan akhlak yg baik utk memaafkan pemfitnah tapi dari satu sudut ia hanya menyemarakkan fitnah.
Saya kurang bersetuju dgn tindakan tersebut atas beberapa dalil. Kes ini bukan melibatkan peribadi semata mata. Ia lebih jauh dari itu kerana fitnah ini telah menjadi buat mulut org2 Melayu terutama di kampung2.
Masih diingatan bila saudara terdekat saya bertanya… kenapa teruk sgt PH jual aset TH sampai berbilion. Saudara itu bukan budak pondok tapi ada Master pun termakan fitnah tersebut. Hingga dia kata ini semua sb ikut telunjuk DAP.
Saya ketika itu terkejut bila dia berkata demikian tetapi kerana tiada maklumat awal saya terdiam tetapi di dlm hati berkata mustahil PH atau Mujahid berbuat demikian. Jika benar sekalipun mesti ada sebab kukuh utk menyelamatkan Tabung Haji.
Saya mula bertanya.. adakah penarikan saman tersebut kerana Peguam Mujahid melihat kes ini sukar utk menang? Kata Mujahid semua pihak perlu menghormati prisip yg lebih besar iaitu perdamaian sebagai jalan yg lebih baik.
Jika jln perdamaian dipilih mengapa memilih utk menyaman? Bukankah lebih baik Mujahid bermaafan sebelum membawa kenyataan fitnah ini ke mahkamah. Atau Mujahid dah saman baru menyesal?
Tentulah seteru politik seronok sepertimana ramai pemimpin PAS disaman dan tewas. Itu belum termasuk yg memohon maaf atau selesaikan kes di luar mahkamah.
Tindakan Mujahid membuat seteru politik berkata dgn PH ini ‘kita fitnah dahulu mohon maaf kemudian’… selesai janji org Melayu dah percaya. Ingat Mujahid kita boleh memaafkan tetapi rakyat termakan fitnah tidak akn memaafkan kita.
Kes Tabung Haji sebenarnya yg menerima impak yg teruk nama PH dan kedua barulah Mujahid. Adalah tidak adil utk Mujahid membatalkan saman tersebut kerana fitnah itu telah membuatkan reputasi PH menjunam teruk.
Hingga ke hari ini ramai org Melayu menolak PH sb jual aset Tabung Haji yg dianggap kepentingan paling utama utk org Melayu.
Ini adalah kerana TH dilihat sebagai aset agama dan bangsa yg dijual kononnya kerana kita tunduk kpd DAP ketika menjadi kerajaan. Malah Asyraf sebelum ini pernah juga membuat pemohonan maaf fitnah terhadap Nga sebagai anak buah Chin Peng.
Lebih sakit hati membaca kenyataan Asyraf beliau menarik balik kenyataan dan bukan pemohonan maaf. Paling kurang jika Mujahid berjiwa besar sekalipun mestilah memaksa Asyraf memohon maaf secara terbuka di seluruh media massa dan media sosial utk org Melayu tahu selama hari ini Asyraf memfitnah.
Mujahid kena belajar dgn YB Yeo Bee Yi mengajar keegoaan Jamal Sekinchan bab ini. Belajar juga dgn Anwar, Husam, Nurul Izzah, Nizar, Rafizi, Mahfuz dan lain2. Percayalah Mujahid org Melayu tak peduli pendamaian tersebut tetapi mereka lebih percaya PH menjual aset Tabung Haji.
Andaikata Mujahid saman dan katakanlah menang RM 100 ribu…Mujahid ikut seperti Rafizi lakukan gunakan wang tersebut utk membantu rakyat dlm bentuk biasiswa.
Mujahid gunakan wang kemenangan tersebut utk membantu penduduk2 Parit Buntar atau serahkan kpd parti Amanah. Ingat Mujahid kita parti yg tiada duit. Wang tersebut sgt diperlukan oleh parti. Ini bukan soal dendam tapi sebagai pengajaran kpd pemfitnah.
Jika saya jadi Mujahid saya akan berkata, “ Buat saudaraku Asyraf … saya secara peribadi memaafkan saudara. Fitnah saudara kpd saya telah dimaafkan. Tetapi fitnah saudara kpd parti terpaksa saya teruskan kes ini kerana ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak hingga imej PH terjejas teruk kpd fitnah ini.”
Ia sekadar pandangan… mungkin saya betul mungkin Mujahid lebih betul. Mungkin saya emosi mungkin Mujahid jauh lebih matang. Sekadar berbeza pandangan.