Chemiless
Mahal Tetapi Sempurna?
1. Kini
kita bincangkan berkenaan teknik rawatan air - chemiless dan telaga jejari
dengan lebih terperinci.
Sambil
menjawab Siaran Media Aksb 16 Mei 2022 yang menulis seperti berikut :
3.
'Tuduhan sistem rawatan air Chemiles di LRA Kg. Chap gagal adalah TIDAK BENAR
kerana loji ini telah beroperasi sejak tahun 2015. Kerosakan di loji yang mula
dikesan pada tahun 2020 iaitu selepas beroperasi selama lebih lima tahun,
merupakan keperluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan ke atas loji tersebut'.
2. Dari
jawapan Aksb di atas, se akan Aksb menganggap sistem rawatan air chemiless se
akan tiada cacatnya dan amat sempurna.
Kerana
itulah, kontraktor berkenaan dipilih berkali-kali secara tender runding.
3. Kos
Operasi Chemiless Paling Mahal
Aksb
sudah lupa kepada workshop yang dianjurkan sendiri oleh Aksb pada 26 dan 27 Jun
2019?
Dalam
workshop ini, Aksb sendiri membentangkan perbezaan kos operasi bagi ketiga-tiga
jenis sistem rawatan air seperti berikut :
a. Sistem
rawatan secara konvensional. Berasaskan data dari LRA Chicha - kos adalah RM 0.17
/cubic meter
b. Sistem
rawatan air teknologi ozon. Berasaskan data dari LRA Pintu Geng - kos adalah RM
0.14 /cubic meter
c. Sistem
rawatan air teknologi chemiless. Berasaskan data dari LRA Kg Chap - kos adalah
RM 0.24 /cubic meter.
Sistem
chemiless lebih mahal sebanyak 7 sen berbanding teknologi konvensional dan 10
sen berbanding teknologi ozon, bagi setiap cubic meter.
Maknanya
- dari pembentangan bengkel tersebut - Aksb mengakui kos operasi chemiless
adalah paling mahal.
Tetapi
chemiless tetap pilihan AKsb.
Mungkinkah
kerana chemiless ada kelebihan lain?
4. Isu
Adanya Ammonia dan Manganese Dalam Air Terawat Sistem Chemiless
Selepas
dua tahun beroperasi, wujud isu kandungan ammonia dan manganese yg tinggi dalam
air yg dirawat di LRA Kg Chap.
5. Perlu
Pam Air Lebih
Teknologi
chemiless yang dipasang di LRA Kg Chap juga menunjukkan keperluan mengepam
lebih banyak air mentah melebihi kapasiti pengeluaran sebanyak 10 %. Bertujuan
untuk kegunaan 'backwashing the system'.
6.
Berlaku Dua Kali Penapisan Sistem Chemiless LRA Kg Chap
'Double
filtration' atau dua kali penapisan telah wujud dalam operasi sebenar LRA Kg
Chap walau pun asalnya dikatakan teknologi ini hanya memerlukan sekali tapisan
air mentah.
7. Turun
Naik Kestabilan Proses Sistem Chemiless
Wujudnya
gejala kesukaran mengawal bakteria hidup yang digunakan untuk memproses air
melalui teknologi ini. Menyebabkan terganggu kestabilan proses sistem ini di
LRA Kg Chap.
8. Kos
Modal Yang Tinggi
Perbezaan
paling ketara sistem chemiless dengan sistem yg lain ialah kos modal atau CAPEX
yang lebih tinggi.
Ini
kerana kononnya, teknologi berkenaan adalah terhad dan milik syarikat berkenaan
saja.
9.
Dapatan-dapatan yg saya ringkaskan di atas diperolehi antara lain dari satu
laporan bertajuk 'Comparison on Groundwater Extraction Method and Process
System' 2019 yang disiapkan untuk Perbadanan Aset Air Berhad atau PAAB.
10. Saya
tidak bertujuan membuat 'satu penghakiman' mengenai kelebihan atau kekurangan
tiap-tiap satu sistem rawatan air di sini. Antara konventional, chemiless dan
ozon.
11. Saya
hanya bertujuan menunjukkan bahawa sistem chemiless bukanlah begitu agung dan
sempurna seperti yg cuba dibayangkan oleh Aksb.
12. Aksb
sendiri melalui pengalaman mereka sedar, sistem ini mempunyai kelemahan
tertentu tetapi itulah yg kekal menjadi pilihan melalui cara tender runding.
13. Saya
yakin jika Aksb membuka tender terbuka, akan ada syarikat lain yang boleh
membekalkan sistem chemiless ini dengan harga yang jauh lebih murah.
14.
Penjimatan oleh Aksb bermakna penjimatan wang Rakyat.
15.
Berdasarkan masalah yg timbul dari sistem chemiless Loji Kg Chap, Aksb kena
lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
Aksb
tidak menjadi pengikut konsep chemiless yang fanatik dan membabi buta.
Sistem
chemiless bukan juga pilihan
terbaik
.
16. Dalam
bengkel yg sama, Aksb nyatakan kos operasi Loji Kg Chap yang menggunakan sistem
chemiless lebih tinggi dari loji-loji jenis lain kerana kadar penggunaan letrik
lebih tinggi.
KHABARNYA
BIL TNB TERTUNGGAK sekarang ini ialah RM 19 juta.
Ini
mengingatkan saya kepada kisah Aksb terpaksa membayar bil TNB bernilai lebih
dari RM 3 juta semasa mula-mula bertukar dari Kelantan Water Sdn Bhd(KWSB).
Ia
peninggalan KWSB.
Alhamdulillah,
TNB melalui Pengerusinya di waktu itu, Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Dr
Jamaludin Jarjis bersetuju melepaskan semua tunggakan itu.
Jika
benar Aksb kembali tertunggak bil elektrik, ini mungkin menjadi petanda Aksb
dalam kesihatan yang kurang memuaskan.
Apa
sahaja penjimatan perbelanjaan boleh membantu Aksb berdaya saing.
Jangan
lupa, Aksb adalah sebuah syarikat perniagaan. Daya hidupnya banyak bergantung
kepada untung rugi.
Untung
rugi datang dari hasil yang maksima tanpa ketirisan dan perbelanjaan berhemah
tanpa tujuan tidak sebenar itu dan ini.
Pelajarilah
dari pengalaman lepas.
Buatlah
keputusan tanpa ada sebarang unsur kepentingan.
17. Tok
Wakil Pas jangan jadi tikus melihat besi. Membiarkan masalah bekalan air Rakyat
Kelantan hanya diuruskan oleh 'segelintir'.
Husam
Musa
24 Mei
2022
23
Syawwal 1443H