HAMDAN TAHA
Ada banyak tanya saya.....katanya tulisan saya nampak macam sokong zahid hamidi kekal sebagai presiden jer.....
Saya nak bagitahu kenkawan siapa pun presiden umno saya tak kisah pun kerana itu urusan ahli umno yang memilih mereka...
Umno ni parti yang ahlinya boleh membuat keputusan pelik pelik...dan bagi saya pru dulu ke pemilihan dulu ker pun tak ada kisahnya pada saya dan ramai rakyat malaysia...
Ayat penyokong ismail sabri dalam umno jelas mereka nak ismail sabri jadi presiden umno...bagi saya jika dah ketentuan begitu maka bila pun pemilihan dah tentu dia presiden....lagi pun hebatnya ismail sabri dia bukan presiden parti pun dah di lantik jadi PM merasa dah dia jawatan itu,cuma sekarang nak bagi panjang jangka hayat sahaja....
Zahid dan najib tak perlu di bimbang pun bagi saya mereka berdua sudah ada tarikh tamat dah mahkamah akan tunjuk jalan keluar buat mereka kepada dunia politik....cukup dah tu...bagi mereka berehat jer la sesuia dengan umur dan masa untuk mereka melihat kembali apa yang telah mereka lakukan pada negara...
Kenyataan penyokong mail kata rakyat tak minat dengan pru segera kerana rakyat dah sayang kerajaan yang ada ni....bagi saya mejoriti rakyat nakkan pilihanraya awal kerana itu jaminan kesetabilan politik negara....selagi kerajaan tidak ada jumlah mejoroti yang bagus selagi itu lah susah nak bangkitkan ekonomi dan pemulihan negara kita ini....
Rakyat mahukan pilihanraya apabila keadaan covid betul betul telah mencapai jumlah jangkitan harian yang baik dan tidak bahaya....tapi jika alasan ada kes covid tak selesai maka kita tak akan buat pru....bila nak.selesainya covid ini....bagi saya covid akan kekal ada dalam dunia ini dalam tempoh yang panjang.....jadi apa jaminan jika kita tunggu 2023 kes dah selesai.....macam mana jika tahun 2023 ada serangan yang lebih besar dari sekarang....apakah masa itu kita akan hanya buat darurat dan terus darurat....
Lepas raya dari bulan ogos,sept,okt tu cantik lah masa ni nak buat pru......umno boleh saja buat kenyataan jika BN menang Ismail Sabri tetap jadi calun PM dari BN.....perkara ini boleh di buat dan boleh di bawa bincang.....kan mudah....kot nak buat sampai habis penggal iaitu mei 2023 pun boleh tapi permilihan kena buat lah antara bulan nov tu....apa ada hal....jika pemilihan sebelum pru pertandingan akan menjadi sengit di seluruh negara.....sebab siapa menang mereka akan jadi calun....jika lepas pru pertandingan di bawah dah tak.ada teruk sangat gaduhnya....
Annuar musa atau adam desak pru di adakan sampai habis penggal( kalau ikut hati dia sampai 300 tahun lagi pun tak apa janji dia menteri,gitu la maksud yang tersirat)...
Bayangkan dia bukan menteri sekarang....dia lah yang akan desak tiap minggu supaya pru di percepatkan dengan syarat dia setiausaha agung umno atau naib presiden atau timbalan presiden ler...
Dia ni bagi saya secara peribadi cakap jer semua demi keuntungan untuk dia....sebab masa umno sebelum ini buat pemilihan 5 tahun sekali selepas pru tak pernah dia desak supaya cepatkan pemilihan parti.....tak pernah sama sekali.....
Bagi saya ismail sabri biasa saja sebab dia dah PM dia dah dapat jawatan paling tinggi dalam negara....sama ada dia terus PM atau habis jadi PM tapi tetap juga dia tersenarai sebagai PM....yang susah hati sangat ni orang macam annuar musa..shahidan...tajuddin dan team team ini kerana takut takut pru awal depa dah lepas tu tak jadi menteri lagi....
Duit banyak dah mereka ni tapi mana pernah cukup ..umur semua dah 66 tahun ke 70 tahun semua pun tak mau berenti.....masih nak pegang jawatan sampai mammpusss