SEHARI DI PD BERSAMA ANWAR DAN AKTIVITI DI KAWASANNYA

 

BANJIR DI PD

Di Port Dickson hari ini bagi meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam.
Saya turut bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Permai, Sri Tanjung.
Saya telah arahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
Saya juga melihat perlunya rencana besar terkait sistem tebatan banjir bagi memastikan bencana ini dapat dielakkan di masa hadapan.
#PortDickson





PROGRAM PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU DAN PEMBERSIHAN PANTAI
Sempat sertai program penananaman pokok paya bakau dan pembersihan pantai di Telok Pelandok anjuran NGO EcoMy, Veritas dan The Beach Clue.
Ini merupakan suatu program yang sangat baik dan saya berharap usaha seperti ini dapat diteruskan di Port Dickson.
Ia juga selaras dengan komitmen saya sedari awal untuk memastikan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta kawasan pantai dapat diperhebatkan.
Saya turut alukan kerjasama mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti seperti ini di Port Dickson pada masa akan datang.







BERSAMA WARGA PENDIDIK DAN PIBG
Beramah mesra bersama warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Port Dickson.
Saya turut menyampaikan sumbangan RM300,000.00 kepada semua sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Port Dickson.
Sumbangan ini juga adalah untuk kegunaan gerak kerja serta baik pulih infrastruktur dan kemudahan asas di beberapa buah sekolah.
Saya zahirkan penghargaan kepada guru-guru yang terus komited mendidik anak-anak walaupun dalam tempoh mencabar ketika ini.
Harapan saya agar usaha dan komitmen warga pendidik ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi anak-anak yang cemerlang.
Penghargaan juga buat pihak PIBG yang terus memberikan dukungan dan sokongan buat warga pendidik dan anak-anak.




MAJLIS KENDURI RAKYAT
Menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Parlimen Port Dickson sebaik selesai Solat Zohor di Taman Intan Perdana.
Hadir bagi menyampaikan bantuan keperluan asas kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Semoga kita semua dilindungi dari wabak ini dan jaga diri.