TAUFAN YANG MELANDA FIFLIPINA DAN KESANNYA KEPADA NEGARA





IBRAHIM MAT ISA


Ramai yang DM aku dan bertanyakan mengenai posting semalam tentang gambar peta angin dan awan tebal. Memang nak jawab kepada semua atau setiap orang, tapi agak padat jadual dan cuaca sekeliling.

Anda tengok atau dengar berita taufan yang melanda Philippines kemarin? Angin taufan yang kelajuannya melebihi 260km/j.
Memang badai itu agak kasar sampaikan berantakan infra, perkampungan dan kota di sana. Hal itu sedikit sebanyak bagi kesan dekat kita yang sepelaung. Setakat ini ia brek di Phillipines sahaja tapi jadi ancaman lain ke negara kita. Semoga tiada ribut di Utara Semenanjung.
Tiada lagi isyarat kehadiran lekukan tropika 'minor' di dalam satu kemaskini carta cuaca yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada jam 8:00 malam, 17 Disember 2021 di Semenanjung Malaysia.
Pihak Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) juga telah mengeluarkan amaran terakhir berkenaan lekukan tropika 29W pada jam 11:00pagi, 17 Disember 2021.
Yang tinggal ketika ini hanyalah saki baki lekukan tropika iaitu suatu sel tekanan rendah yang aktif berada di Semenanjung menuju perairan Selat Melaka.
Namun, sel tekanan rendah tersebut masih lagi mampu menyebabkan hujan lebat dan angin kencang di kebanyakkan kawasan di Semenanjung.
Lihat sahaja cuaca sejak petang tadi hingga malam ini. Di penempatan aku tinggal ini sahaja hujan lebat tanpa henti sejak maghrib dan sekarang sudah hampir dinihari.
Anda yang bertanyakan mengenai peta di posting aku semalam akan dapat jawapan dengan sendirinya menjelang subuh nanti.
Semoga seluruh rakyat di Nusantara dalam keadaan selamat dan jika terkena musibah banjir mendadak, anda tahu bagaimana untuk bertindak sendirian ya..
Salam kebimbangan dari Binjai 🙏😌😎



































No comments: