DIA NI URUSKAN LAGI KAH. DULU 3K KAKI PERSEGI DITINGGALKAN GITU SAHAJA.....HA..HA...NAMPAK GAYA GAGAL LAGI LAH

 


Keputusan guna rangkaian pemborong tunggal bagi pelaksanaan 5G dalam masa terdekat






Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengedarkan kertas Jemaah Menteri kepada semua kementerian supaya dapat memberi respons dan pandangan sebelum dibawa kepada sidang Jemaah Menteri. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan akan membentangkan kertas kerja Jemaah Menteri berhubung keputusan menggunakan rangkaian pemborong tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa bagaimanapun berkata pihaknya sedang menunggu laporan terakhir hasil pertemuan dengan pembangkang di Dewan Rakyat semalam.

“Minggu ini kita akan edarkan kertas Jemaah Menteri kepada semua kementerian supaya dapat memberi respons dan pandangan sebelum dibawa kepada sidang Jemaah Menteri nanti.

“Ini jelas membuktikan kerajaan begitu telus dan terbuka dengan menjalankan sesi libat urus dengan semua pihak agar tidak timbul sebarang pertikaian atau kekeliruan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini hari ini.

Malaysia memilih model sistem rangkaian pemborong tunggal dengan menubuhkan sebuah syarikat milik penuh kerajaan bagi mengendali pembinaan prasarana sementara syarikat telco yang akan melaksanakan tindakan atau peranan untuk menjalankan perniagaan 5G runcit.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menerusi video di laman Facebook miliknya menyatakan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) boleh menjadi skandal lebih besar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dalam sidang di Dewan Rakyat pada 15 Dis lepas menyangkal dakwaan itu dan mengatakan bahawa DNB tidak sama dengan 1MDB.

No comments: