NORMAN RADZUAN
Langkah perlu diambil oleh kita sendiri dan YB
JANGAN TUNGGU AIR SAMPAI... INSURAN TAK COVER
Semoga diberikan keselamatan buat mangsa banjir. Rakan saya maklumkan sejarah hidupnya tak pernah berlaku banjir di Klang (rumahnya) kali ini tiba2 banjir.
Semua kita tahu skg kita alami musim tengkujuh atau musim hujan. Apa yg kita sendiri perlu lakukan? Ingat pihak berkuasa hanya dtg menyelamatkan nyawa tetapi kita yg perlu selamatkan harta benda kita sendiri.
1. Kpd negeri2 (Kelantan, Terengganu, Pahang) yg saban tahun mengalami banjir sewajarnya ketika ini mereka sudah lakukan perkara ini.....
a) Alihkan kenderaan utk parking di kawasan2 tinggi bukan parking di rumah seperti kebiasaan walaupun banjir belum melanda.
b) TV, Peti ais, periuk nasi, washing machine, karpet, sofa bolehlah dipindahkan utk elakkan kerugian besar.
c) Segala dokumen penting mesti sudah disimpan utk dibawa ke tempat selamat. Dokumen2 ini walau hanya sekeping kertas tapi peningnya nak naik pejabat kerajaan sana sini meletihkan serta kos.
2. Di KL atau Lembah Klang juga begitu. Jika musim hujan ini
a) Utk jimatkan kos rumah teres 2 tingkat di Lembah Klang bolehlah pindahkan barang penting ke tingkat atas. Bimbang bangun pagi tgk air dah penuh di tingkat bawah.
b) Parking kereta dan motor di tempat tinggi samada di rumah atau di pejabat. Sebaik musim hujan ini jika mereka yg tinggal di Apartment dan Kondo pergi kerja dgn menaiki LRT, MRT atau Grab. Ini kerana byk kawasan parking pejabat di Lembah Klang mudah dinaiki air.
c) Elakkan juga parking tingkat bawah Mall kerana byk kali bila berlaku banjir kilat parking Mall dimasuki air dan beratus kereta diteggelami air. Tambahan skg ramai yg tgh leka menonton Spiderman tiba2 turun ke parking air dah penuh.
d) U all mesti ingat Insuran tidak menanggung kos bencana alam. Seperti u all tahu insurans hanya akan cover kereta bila banjir kalau melanggan Perlindungan Komprehensif berserta perlindungan tambahan utk bencana alam semula jadi. Rasanya 80% kita tidak ambil insuran tambahan.
ELAKKAN BERCUTI KAWASAN PERGUNUNGAN
Buat masa ini elakkan pergi bercuri ke Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Tiada jaminan sebenarnya walau hebat engineer yg mencipta bangunan2 hebat di atas gunung sana. Tunggu berakhirnya musim tengkujuh ini atau bercuti dahulu di tempat2 lain.
Kita mesti ingat banjir ini bukan semata mata masalah pembalakan, peparitan atau sungai yg sempit. Rakyat Jerman juga tidak menyangka negara mereka boleh mengalami banjir yg begitu teruk baru2 ini. Bagi mereka Jerman sebuah negara yg maju tidak sewajarnya banjir boleh berlaku.
Bencana alam boleh berlaku di mana2 sahaja. So kita yg perlu berhati hati. Jgn jadi mcm geng lebai tu banjir tempat org dia bala Tuhan tapi bila berlaku banjir besar di tempat dia... dia kata ujian dan rahmat Tuhan.
Jika saya YB... sepanjang musim bulan Dis ini saya tawarkan lori 1 tan secara percuma utk digunakan oleh penduduk setempat utk memindahkan barang2 mereka. Perkhidmatan 12 jam sehari. Ia bagi mengelakkan bukan sahaja mangsa mengalami kerugian malah YB jadi lebih terbeban.
Anda tidak perlu kata2 semangat bersabar kerana kalian yg menanggung ibarat berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Agama mengajar kita berusaha dan bukan pasrah semata mata. Banjir takkan berlaku hanya dlm sejam hujan turun tetapi ia mengambil masa. Jadi masa yg ada kita berusaha mengelakkan kerugian. Insyallah.