CEPAT ATAU LEWAT BN AKAN HADAPI RISIKO YANG SAMA.CUMA MOOD RAKYAT BELUM SAMPAI KETIKA.

 



BN berisiko kalah lagi jika PRU lewat diadakan, kata Zahid




Mengulas peluang BN dan Umno pada PRU15, Ahmad Zahid Hamidi
 berpendapat mana-mana kerajaan biasanya akan mengadakan PRU
 ketika rakyat berada dalam keadaan ‘feel good factor’. (Gambar
 Facebook Umno Online)


PETALING JAYA: Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu mungkin berulang jika PRU15 lewat diadakan dengan risiko pelbagai isu baharu yang tidak memberi kelebihan kepada gabungan itu, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan Umno tidak menuntut PRU15 diadakan serta-merta, tetapi diadakan sebelum pemilihan parti yang wajib berlangsung sebelum 29 Dis tahun depan.

Zahid berkata, sentimen sama turut diluahkan 176 sayap Pemuda dan 171 sayap Puteri daripada 191 bahagian setakat ini yang meluluskan usul mahu PRU15 diadakan sebelum pemilihan parti, menurut Utusan Malaysia.

“Sekarang, kita tunggu usul daripada pergerakan Wanita dan bahagian yang sedang bersidang,” kata Zahid selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bagan Datuk, hari ini.

Zahid berkata, pendirian muktamad mengenai perkara itu hanya akan diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadualkan bulan depan sebagai perlembagaan tertinggi parti itu, jika ada usul dibuat mengenainya.

Justeru, beliau berharap segala perbezaan mengenai isu itu dapat diselesaikan apabila PAU membuat ketetapan dan tidak ada pihak dalam parti yang menentang keputusan itu sehingga memecah belahkan parti.

Mengulas peluang BN dan Umno pada PRU15, beliau berpendapat mana-mana kerajaan biasanya akan mengadakan PRU ketika rakyat berada dalam keadaan “feel good factor”.

“Pada PRU14, ramai berpandangan ia patut dilakukan selepas selesai temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada Ogos 2017 kerana Malaysia memenangi banyak pingat emas.

“Tetapi, ia diadakan lama selepas itu (Mei 2018) atas permintaan sebuah negeri bagi menyelesaikan isu persempadanan kawasan pilihan raya dan seorang Ahli Parlimen bagi menyelesaikan isu pengundi awal,” katanya.

Menurutnya, akibat PRU14 diadakan agak lewat ,banyak isu “diberi percuma” kepada pembangkang untuk melakukan serangan bertubi-tubi sehingga rakyat terpengaruh dan hilang kepercayaan kepada kerajaan BN ketika itu.

Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya dan beberapa negeri lain daripada BN pada PRU 2018. Bagaimanapun kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad tumbang selepas 22 bulan apabila beberapa pemimpinnya bersekongkol menubuhkan kerajaan baharu.

No comments: