SOFI WAHAB
Kejadian banjir terus menghantui rakyat negeri Melaka. Apabila hujan lebat turun 2 atau 3 jam sahaja sudah tentu banyak tempat akan ditenggelami air tak kira kawasan bandar, Kampung maupun perumahan.
Janji kerajaan pada setiap pilihanraya untuk mengatasi banjir hanya tinggal janji. Setiap kali pilihanraya itulah janji kerajaan sekarang. Tetapi semuanya hanya janji kosong.
Hujan lebat semalam yang bermula dari petang dan tidak berhenti sehingga ke pagi menyebabkan paras air sungai naik mendadak dan menyebabkan Balai Polis Lubok China dan pekan tenggelam dengan air banjir.
Ini merupakan banjir yang terburuk pernah terjadi menyebabkan paras air naik separuh bangunan Balai Polis Lubok China.
Semoga warga Balai Polis dan masyarakat sekitar dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan perpindahan ke tempat yang selamat.