Rakyat Sarawak mengundi pada hari ini dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) yang ke 12. Sebanyak 1,228,858 pengundi berdaftar layak mengundi.
Manakala sebanyak 12,585 anggota tentera dan pasangan serta 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara telah membuang undi awal pada 14 Disember lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran.
Cuaca yang baik pada pagi hari ini mendorong ramai pengundi keluar. Bagaimana pun pada sebelah Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku ribut petir di beberapa bahagian termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Hujan turut diramal di Kapit dan Bintulu sebelah petang manakala suhu sepanjang hari dijangka antara 24 hingga 34 darjah Celsius.
Sebanyak 349 calon bertanding dalam PRN kali ini dengan 28 calon dari KEADILAN, 82 calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73); Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70); , DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), AMANAH Sarawak (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (5), Pas (1) dan Bebas (30).
SPR menjangkakan lebih 70% pengundi akan keluar mengundi pada hari ini untuk memilih kerajaan baharu Sarawak