UMNO Hadapi Kesukaran Mencari Calon Lawan PRN Melaka?Lawan sesama umno dan bersatu dalam sebuah kerajaan yang memerintah Malaysia


Datuk Zaharin mengulas mengenai situasi semasa UMNO yang bakal hadapi pertandiangan 3 penjuru pada PRN Melaka yang akan datang



Muhyiddin umum PN bakal bertanding di semua 28 kerusi PRN Melaka

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa gabungannya kemungkinan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Dia mengatakan perkara itu telah dipersetujui secara dasar oleh parti PN yang berpusat di Semenanjung, iaitu Bersatu, PAS, dan Gerakan.

“Pada dasarnya mereka bersetuju rundingkan segera supaya 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka kita bahagaikan mengikut situasi dan keadaan dan diharapkan kita dapat mencapai kejayaan.

“Kemungkinan besar kita bertanding di semua 28 kerusi,” katanya pada sidang media di Pagoh, Johor hari ini.

Muhyiddin mengatakan dia juga menjangkakan Umno menolak kerjasama dengan partinya, dan akan bersedia menghadapi mereka dalam pertarungan dua, tiga, atau empat penjuru.

“Ini bukan masalah bagi kami,” katanya .

Pada 2018, Bersatu bertanding di enam kerusi DUN di Melaka, di mana mereka hanya menang dua – Paya Rumput dan Telok Mas.

Kedua-dua kerusi ini mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu yang cukup besar, yang cenderung memilih Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, PAS bertanding di 24 daripada 28 kerusi dan tidak menang satu pun kerusi.

Mereka hanya mendapat lebih daripada 20 peratus undi di dua kerusi – Serkam dan Ayer Molek.

Gerakan hanya bertanding satu kerusi – Pengkalan Batu – yang juga tewas kepada DAP.

Analisis awal menunjukkan bahawa walaupun Bersatu dan PAS digabungkan, PN berdepan cabaran sukar dalam PRN kali ini.


No comments: