KALAU DAH GAGAL, BUAT APA PUN TETAP GAGALIS

 

May be an image of 1 person and text that says "B BERNAMA BERNAMA 1h Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata meskipun bilangan yang enggan menerima vaksin COVID-19 hanya antara lima hingga 10 peratus namun sikap mereka boleh membawa mudarat kepada kelompok lebih besar selain berisiko menjadi pembawa virus itu. Baca selanjutnya di htp:/eama.om/m/m/newsp.i 2016002 NASIONAL Tindakan tegas perlu diambil terhadap golongan antivaksin -Muhyiddin bernamadot.com bernamaofficial bernamaofficial bernama.com"


Kalau dah lebih 90% populasi divaksin, apa yang boleh antivaksin buat lagi? Adakah mereka boleh keluarkan vaksin yang dah masuk dalam tubuh?

Masa jumlah yang telah divaksin rendah, memang benar antivaksin boleh pengaruhi orang ramai untuk tolak vaksin. Masa itu boleh kata mereka bahaya.
Tapi sekarang sudah 90% dari penduduk dewasa surah divaksin! Kalau termakan hasutan antivaksin pun, bukan boleh buang balik vaksin tu!
Muhyiddin cuba putar belitkan fakta. Sama ada telah divaksin atau belum, semua orang boleh jadi pembawa. Vaksin tak jadikan seseorang itu kebal.
Vaksin cuma boleh kurangkan kesan yang diterima apabila seseorang itu dijangkiti virus ini. Itu sahaja. Sama ada divaksin atau tidak, kebolehan untuk dijangkiti atau menjangkiti adalah sama.
Tapi pelik juga. Kalau vaksin boleh kurangkan kesan virus pada tubuh, kenapa angka kematian masih tinggi walaupun 90% daripada populasi sudah divaksin? Adakah ini bukti bahawa vaksin gagal?
Dan paling aku pelik, kenapa hendak 100% rakyat divaksin sampai sanggup susahkan hidup orang? Sedangkan sebelum ini kata 80% dah cukup?
Atau sebenarnya kerajaan jadikan vaksin ini sebagai perisai untuk tutup kegagalan kerajaan? Jadi jika negara tidak juga pulih, kerajaan letakkan kesalahan kepada orang yang tak divaksin?
Vaksin dah jadi perisai politik. Kegagalan kerajaan melindungi rakyat ditutupi dengan menghalakan kesalahan kepada mereka yang tidak divaksin.
Maka berbondonglah rakyat turut sama salahkan orang yang tidak divaksin walaupun hakikatnya n yang tak buat kerja...

No comments: