Sedar bakal dicabar dalam pemilihan Pas, Khairil Nizam umum tak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas

 


Sedar bakal dicabar dalam pemilihan Pas, Khairil Nizam umum tak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas


Khairil Nizam Khirudin tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS yang disandangnya bagi sesi 2021-2023.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nadzim Ahmad Azmi melalui kenyataan media malam ini.

Jelasnya, keputusan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS (DPPM) semalam.

“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini,” katanya, lapor Malaysiakini.

Untuk rekod, Khairil Nizam juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Muktamar PAS yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada November nanti bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi penggal 2021 hingga 2023.

No comments: