PEEERAAHHHHH.....DULU HANGPA TUMPANG UMNO- LA NI HANGPA KUTUK PULAK ...NI KAWAN ..TAK GUNA PUNYA PIMPINAN PAS..

 


Panas! Razman dakwa Umno bukan lagi kuasa besar


Panas! Razman dakwa Umno bukan lagi kuasa besar


Pas Perak menasihatkan UMNO supaya kekal meneruskan hubungan dengan parti itu bagi memastikan penyatuan parti Melayu-Islam dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Razman Zakaria berkata, tindakan UMNO untuk tidak mempertahankan kerjasama di antara parti-parti yang majoriti Melayu-Islam akan membawa perubahan besar kepada landskap politik negara.

Jelas beliau, UMNO tidak lagi seperti dahulu yang merupakan kuasa besar di dalam Barisan Nasional (BN) yang kini hanya tinggal empat komponen berbanding 14 parti sebelum ini.

“Sekiranya mereka masuk (bertanding dalam PRU15) dalam keadaan sekarang, tak mahu berkawan dengan yang lain, rasanya ini akan menyebabkan perubahan besar akan berlaku dalam landskap politik negara.

“Jadi kita minta UMNO pertimbangkan perkara ini supaya ada penyatuan dalam kalangan Melayu-Islam sebagai majoriti rakyat dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kit Pertanian Komuniti Kebun Kita/Kebuniti Daerah Kerian 2021 di K-Edar, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu akan bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sementara itu, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, pihaknya menyerahkan keputusan mengenai kerjasama dengan UMNO kepada pimpinan Pusat.

Menurutnya, Pas Perak akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pimpinan pusat mengenai masa depan kerjasama mereka menerusi pembentukan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini.

“Yang ini (kerjasama dengan UMNO), kita serah kepada pimpinan buat keputusan. Soal politik ini apa yang diputuskan oleh pimpinan Pusat, kita akan ikut.

“Pas Perak ikut atas (pimpinan Pusat). Kalau kata putus, kita putuslah dengan UMNO. Kalau duduk dengan DAP, kita duduk dengan DAP lah, tak ada masalah,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Ahmad Zahid dalam sebuah program bual bicara bertajuk ‘Jawab, Saya Tanya’ bertajuk ‘PRU15: Membentuk Atau Membina Arus? memberi gambaran kerjasama dalam MN berkemungkinan tidak dapat direalisasikan pada PRN Melaka sekiranya ia diadakan kelak.

Beliau menjelaskan UMNO akan bertanding menggunakan panji BN pada PRN tersebut memandang MN tidak didaftarkan secara rasmi.

No comments: