TAK BOLEH BUAT APA DAH LA....SPRM NAK SIASAT LAGU MANA....DEPA PUN MAKAN GAJI SAJA....SILAP SILAP KENA BUANG KERJA ANAK BINI SAPA NAK BAGI MAKAN...

 

LGE berang: dakwa SPRM degil enggan siasat pendedahan Kertas Pandora





Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, lebih 330 ahli politik membabitkan 90 negara didedahkan dalam Kertas Pandora itu, termasuk rakyat negara ini yang dikenali.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibidas selepas didakwa berdegil menolak melakukan siasatan berhubung pendedahan Kertas Pandora, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata tindakan SPRM berkenaan menimbulkan kemusykilan dan keraguan masyarakat mengenai kredibiliti agensi itu, selain mengiyakan kecurigaan bahawa SPRM akan menutup mata apabila ahli politik yang masih aktif dan menyokong kerajaan didakwa terbabit.

Beliau berkata, lebih 330 ahli politik membabitkan 90 negara didedahkan dalam Kertas Pandora itu, termasuk rakyat negara ini yang dikenali.

“Kertas Pandora adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram di seberang luar sempadan antarabangsa.

“Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah,” katanya dalam kenyataan.

Lim ketika mengulas lanjut, berkata walaupun mendapat tekanan daripada Ahli Parlimen pembangkang, SPRM kekal dengan pendirian menolak melaksanakan siasatan.

“Ahli politik yang biasanya lantang terhadap isu kaum dan agama yang melampau sehingga memusuhi kumpulan minoriti, telah diam membisu terhadap Kertas Pandora,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara dilihat sebagai satu-satunya institusi yang dapat bertindak terhadap aliran keluar wang haram seperti didedahkan.

“Lagipun, USD33.7 bilion adalah jumlah yang besar berdasarkan piawaian antarabangsa. Malangnya, Bank Negara nampaknya seakan mengikut langkah SPRM dan terus berdiam diri terhadap skandal kewangan ini,” katanya.

Lim berkata, justeru beliau tidak terkejut dengan skor Malaysia dalam indeks peraturan undang-undang global merosot 1.4% kepada 0.57, menduduki tempat 54 daripada 139 negara, yang ditinjau dalam Indeks Peraturan Undang-Undang 2021 Projek Keadilan Dunia (WJP).

“Ini berbeza dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-47 daripada 128 negara tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kemerosotan berkenaan boleh diatasi sekiranya kita mempunyai keberanian untuk menegakkan kebenaran terhadap pihak berkuasa.

“Terutama siasatan penuh mengenai aliran keluar dana haram yang membabitkan ahli politik terkenal dan masih aktif seperti yang didedahkan dalam Kertas Pandora,” katanya.

No comments: