KALAU FITNAH SAMANLAH-ITU UCAPAN PEMFITNAH SEBENARNYA

 




"Kalau fitnah, samanlah.."

Kerap kali juak2 penfitnah dan orang2 yg percaya kpd fitnah yg dihalakan kpd Anwar Ibrahim menggunakan logik mudah dan simple ini. "Kenapa Anwar tak saman orang yg tuduh dia kalau dia benar?"

Mereka mendakwa Anwar tidak saman orang yg menfitnah beliau utk menimbulkan keraguan bahawa Anwar tidak bersama kebenaran dan beliau takut bukti tuduhan sebenar akan didedahkan oleh pihak yg menfitnahnya lantas akan kalah di mahkamah.

Kepada mereka saya jelaskan bahawa dlm kes tuduhan sodomi dll dlm buku 50 Dalil Anwar Tidak Layak Menjadi PM, Anwar sudah saman penulisnya Khalid Jafri. Anwar menang dan mahkamah putuskan Khalid Jafri kena bayar RM4.5 juta. Anwar mengarahkan peguamnya gunakan duit itu utk membantu fakir miskin, kerana maruah tak boleh ditebus dgn wang ringgit.

Fakta ini boleh dibaca dlm buku bertajuk Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Menfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar. Buku terbitan IKD tahun 2005 itu merekod segala butiran perbicaraan dlm mahkamah dan keputusan hakim YA Dato Mohd Hishamuddin Mohd Yunus.

Sila simpan fakta ini utk menolak dakwaan orang yang suka menghidu najis fitnah. Jelas Anwar telah bertindak menyaman pangkal pemula fitnah iaitu Khalid Jafri dan menang. Itu pun mengambil masa bertahun2 utk selesai.

Jadi takkanlah Anwar nak saman semua pihak yang mengambil fitnah daripada pangkal pemula dgn kitar semula plus tokok tambah dgn tuduhan liberal plural etc.. yg bilangannya mungkin sejuta orang? Tak jadi kerja lainlah Anwar.

*********************

Nota: Suatu hari saya akan menulis sebab2 mengapa saya menyebelahi Anwar Ibrahim walaupun saya tidak pernah menyertai ABIM, tidak masuk PKR dan tidak pernah kerja dgn beliau. Bahkan mungkin Anwar tak kenali atau tak ingat saya pun walaupun pernah sekali terserempak dan berswafoto dgn beliau dlm pesawat dan beberapa kali pergi ke rumah beliau dlm program jemputan yg ramai tetamu.

Mohd Sharif Mohd Mukhlis

 

No comments: