Pertamanya, saya bersyukur setakat ini tiada pimpinan utama
dalam PH mahu melayan suara2 sumbang yang masih teringin menjemput parti2 lain
ke dalam PH. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH baru2 ini, ketegasan dan
ketetapan yang diambil adalah untuk perkukuhkan lagi PH.
Selain dari memperkukuhkan PH, Majlis Presiden juga mengulangi
ketetapan bahawa PH menyokong penuh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi
PH.
Satu dua langau di luar sana yang masih meratib tentang perlunya
menukar Pengerusi PH, kita sudah lama mengenali mereka sebelum ini. Mereka
adalah individu yang sering mencari kesalahan Anwar Ibrahim tetapi mereka
sendiri tidak nampak ke hadapan di dalam membantu usaha Pengerusi PH ini untuk
mengembalikan mandat rakyat. Mereka cuma mahu menumpang tuah jika Anwar berjaya
dan akan kecam Anwar jika Anwar gagal.
Mengapa perlu jemput tetamu luar mengisi rumah kita dalam
keadaan rumah kita pun belum begitu kukuh? Apatah lagi tetamu yang kita mahu
jemput itu kita kenali orang yang selalu memandang negatif terhadap Pengerusi
PH? Di antara tetamu yang mahu kita jemput itu adalah pihak yang merencana dan
merancang pengkhianatan sehingga kerajaan PH itu tumbang. Mahu terima tetamu
pun lihatlah dulu rekod dan perangai mereka. Belum apa2 lagi, sudah umum mahu
bertanding 120 kerusi parlimen. Ertinya, mereka pun tidak berminat untuk
bersama PH.
Setakat ini, tiada satu pun parti di luar PH memohon untuk
sertai PH. Mengapa kita terhegeh2 untuk meminta PH merayu dan menyembah mereka
masuk?
Cukuplah untuk merosakkan keharmonian PH dari dalam. Perkuatkan
parti masing2 dan kukuhkan PH untuk hadapi PRU15 nanti. Biarlah nanti kita
bertanding atas kekuatan parti kita dan dibantu dengan sokongan rakan di dalam
PH. Sampai bila mahu berpaut dengan parti rakan?
WFAUZDIN NS