WAN AZIZAH DAN KELUARGA DIJEMPUT YDPA KE ISTANA KELANTAN
PAK LONG MAIL BAWA KAWAN
HAMDAN TAHA
Gambar ini ada dua keadaan dan dua masa yang berbeza dan dua kerajaan yang berbeza. Satu semasa zaman PH dan Satu lagi zaman Malaysia satu keluarga
Bagi saya tak ada pun masalahnya tetapi jadi isu besar,saya
masih ingat masa gambar anwar dan azizah di zaman PH keluar kes ini huhhh
lenjun kena balun oleh rakyat yang menyokong umno dan pas....bersatu masa tu
sokong PH....terdiam puak PKR dan guna alasan beribu alasan mempertahankan
keadaan ini kerana itu bos mereka apa cara pun kena pertahankan...
Kali ini PM baru pula kena dan kali ini jentera dan ahli PH
pulak ambil kesempatan membelasah dengan gembiranya dan yang seronok mereka
gunakan hujah umno dan pas masa balun Anwar dan Azizah dulu....maka kelam kabut
pula puak umno mempertahankannya dan lawan hujah gunakan gambar lama dulu iaitu
masa Azizah dan Anwar bawa anak anak naik jet
Bukan kah malu jika kita fikirkan betul betul cara kedua dua
kumpulan ini berpolitik...hoo kerana musuh kita lakukan kita serang sampai ke
lubang cacing....bila kena ke bos kita pula kita pertahankan sampai gunakan
hujah hujah yang boleh membawa rebah...
Sebenarnya ini betul lah boleh di jadikan isu...tapi remeh...dan
memalukan orang melayu sahaja sebenarnya....cara politik orang melayu kita ni
macam bebudak dan kebodoh bodohan.....musuh je salah semua...geng jer betui
semua....
Bagaimanapun, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan kunjungan ke Istana Kelantan malam tadi merupakan jemputan rasmi untuk mereka sekeluarga.