Panas! Nazri kata Zahid patut dipecat dari UMNO

 


Panas! Nazri kata Zahid patut dipecat dari UMNO

Tindakan disiplin termasuk memecat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO boleh diambil selepas jelas melanggar dasar parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, perkara tersebut boleh dibawa menerusi Majlis Tertinggi (MT) kepada Lembaga Disiplin parti ekoran tindakannya sebelum ini yang jelas menyanggah keputusan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU).

“Tindakan disiplin terhadap beliau (Ahmad Zahid) patut diambil termasuk pecat kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan dan dasar parti iaitu No Anwar, No DAP.

“Ia jelas bermula daripada isu audio membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan surat (sokongan terhadap Anwar ) kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, beliau akan pulang secepat mungkin dari Perancis untuk menghadiri sidang Parlimen yang akan diadakan dari 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini.

“Saya akan pulang awal untuk bersidang. Jangan bimbang. Inilah ‘news’ untuk hari ini,” jelasnya.


No comments: