1- Sebenarnya sejak awal aku tak faham kenapa begitu rakus
Kerajaan Pahang, pihak berkuasa merampas tanah pengusaha durian Musang King,
Biarpun atas nama pencerobohan.. Sedangkan Kerajaan boleh berunding dengan baik
dan akhirnya Kerajaan kekal mendapat hasil..
2- Dari banyak respon, Aku lihat ramai orang Melayu yang marah
marah hanya kerana ramai dari pekebun Musang King itu dari kalangan berbangsa
Cina biarpun ada yang muslim.. Ini kadang2 kencenderungan, Ashabiyah akhirnya
kita menutup pintu dan menolak neraca Keadilan yang diajarkan oleh islam..Sudah
pasti ada Sejarah disebalik semua ini..
3- Sebenarnya masalah melibatkan hak milik tanah ini banyak
berlaku dari kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.. samada melibatkan hak
milik tanah tempat tinggal seperti setinggan, mahupun tanah Kebun tanaman..Aku
sendiri secara peribadi pernah hadapi soal status hak milik tanah atas kerja
Khianat orang dalam dan Kerajaan sendiri..
3- Aku lebih boleh terima satu usaha membangunkan Pertanian,
atau apa pun bentuk Tanaman yang mendatangkan hasil dari Tanah yang diberikan
kepada Tauke tauke Balak, Bauksit yang akhirnya merosakkan Alam sekitar
sebagaimana yg berlaku di Tasik Chini..
4- Kerajaan Boleh saja bertindak matang, Dengan memberikan
keputusan menang menang seperti mengenakan sewaan atau apa saja cukai.. Tanah
itu boleh dikembalikan kepada Kerajaan dan satu perjanjian Pajakan dan sewaan
dikenakan..Bukan bertindak bodoh memusnahkan Tanaman seperti yang berlaku di
Kelantan ketika heboh isu Ladang Rakyat melibatkan tanah hak milik FELCRA dan
Kerajaan negeri..
5- Ummat Islam lebih nampak marah melihat tanah isu tanah Musang
King sebagai satu bentuk kemarahan, berbanding tanah dan Gunung yg digadai
Keturunan Najib Razak dan Hishamuddin di Genting Highland dan akhirnya menjadi
pusat Perjudian antara yg terbesar di Asia tenggara..
6- Inilah Masalah orang Melayu.. Ia bukan hanya berlaku kepada
non Muslim, Sesama Melayu dan saudara sendiri pun berlaku..Bila dah nampak
hasil..Masing masing berebut hak milik tanah, Bekerja malas.. Hanya tahu dapat
wang mudah dari hasil orang lain.. tak kira yang kayangan, atau si Marhaen yg
pemalas..
7-Di dalam Islam, Ada satu konsep dinamakan Ihya' Al Mawat,
Yakni mengusahakan Tanah terbiar atau tanah mati.. Mengikut pandangan mazhab
Shafie ia memberikan makna..
"اصلاح الارض ما لم يكون عامرا ولا حريما لعامر قريب من
العامراو بعد.."
" Memajukan dan mengusahakan tanah atau kebun yang belum
diusahakan orang lain, samaada kebun itu jauh dari pemukiman(Pnempatan)mahupun
dekat..."
8- Apakah Usaha Tanah untuk Pertanian ini perlukan Izin
Imam(Pemerintah) ? Biarpun di dalam Kitab Syarah As Saghir pandangan ini
dikhususkan bagi orang islam, dalam konteks kenegaraan berasaskan kerakyatan
atau Konsep Muwathhanah disebutkan di dalam Kitab tersebut..
فَيُسَنُّ لَهُ إِحْيَاءُ الْأَرْضِ الْمَيِّتَةِ سَوَاءٌ أَذِنَ
لَهُ الْإِمَامُ أَمْ لَا..
" Maka bagi orang islam hukumnya sunnah mengolah bumi mati,
baik dengan izin imam ataupun tidak.."
9- Pun Begitu kita perlu faham, Dalam konteks Kenegaraan hari
inipun ia ada Undang Undang melibatkan tanah..Ia adalah urusan Pemerintah..
" تَصَرُّفُ الإِمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوط
بِالْمَصْلَحَةِ.."
" Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah
mesti berkait (terikat) dengan maslahah."
Soalnya bagaimana pemerintah bijak mengurus sumber alamnya.. ?
10- Itu sebab negara kita begitu teruk ketinggalan dalam bidang
Pertanian.. sama seperti kes NFC yg mana beratus Juta diberikan kepada Syarikat
milik ketua wanita UMNO, Bukan hanya pinjaman wang hatta dianugerahkan tanah..
dalam waktu yg sama..ramai Penternak masih ketiadaan tanah dan modal mengusakan
ternakan.. Inilah Jahatnya Kerajaan UMNO dan BN..
Ipohmali