HANYA AHLI MKT UMNO AKAN KELUAR DARI KERAJAAN PN ? ATAU UMNO AKAN KELUAR DARI KERAJAAN PN SEBELUM 1 OGOS

 

Panas !!! Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos

Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos . Anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata, dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos.

Ini berlaku di tengah spekulasi bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berusaha menarik keluar parti itu dari gabungan kerajaan tetapi menghadapi tentangan besar, terutama daripada ahli parlimen parti itu.

“Saya yakin MKT Umno akan bermesyuarat secara maya dalam masa terdekat untuk memuktamadkan keputusan PAU Umno 2020 iaitu parti akan tetap menarik balik sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021,” katanya

Umno

Puad mendakwa majoriti ahli MT Umno menyokong keputusan untuk keluar daripada PN.

Bagaimanapun, Zahid masih menghadapi tentangan daripada kebanyakan ahli parlimen Umno yang bukan terdiri daripada ahli majlis tertinggi.

Zahid pada 21 Jun lalu memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk mengadakan semula sidang parlimen.

Langkah itu dilihat sebagai alasan bagi Zahid mengeluarkan Umno daripada kerajaan yang sebelum ini enggan memanggil parlimen dalam kadar segera.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan parlimen akan bersidang semula, yang secara kebetulan adalah hari terakhir tempoh yang diberikan Zahid.

Ini menimbulkan pertanyaan apakah Zahid masih memiliki alasan untuk menarik keluar Umno daripada kerajaan.

Tak ubah pendirian Umno

Namun, Puad tetap yakin bahawa langkah untuk mengadakan sidang parlimen tidak mengubah sebarang pendirian ahli MKT.

“Alasan Umno adalah jelas. Ia berpunca kegagalan kerajaan hari dalam serba-serbi perkara terutama dalam aspek mengurus ancaman pandemik dan ekonomi negara.

“Umno tidak mahu terpalit dengan kegagalan kerajaan PN, apatah lagi sikap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mendengar pandangan Umno sebelum ini. Contoh jelas adalah gesaan bank menawarkan moratorium automatik dan pukal,” katanya.

Semalam, Zahid dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di Kuala Lumpur bagi ‘menyusun gerakan’ selepas kerajaan mengumumkan pembukaan parlimen.

No comments: