APA SALAHNYA BANTUAN DILIHAT TULUS MULUS JIKA LAPORANNYA DIAUDIT.....

 

KAK IDA ABDULLAH


Ustaz2 tulis mengenai bantuan Gaza dan juga minta laporan kewangan yang diaudit. Kan bagus camtu, tidaklah orang-orang jahil tapi ingin tahu kebenaran diserang penyokong.

Menanti para ustaz bersatu menegur pemimpin-pemimpin khianat mandat rakyat yang dari mereka terhasil pelbagai salah laku dan penipuan dikalangan rakyat tak terkecuali mereka yang menggelar diri mereka ustad.

Demi keselamatan dan kesejahteraan ummah, tolong lah tegur pemimpin yang tidak amanah. Rakyat dahagakan kebenaran dan keadilan tertegak dan siapa paling layak jika bukan ulama?


At some point of time in our lives...

 


Kita mesti berpengalaman di tipu. Penipuan biasanya ialah wang ringgit. Tambah orang biasa, yang kerja kuat, jujur dan kumpul sedikit, demi sedikit untuk masa kecemasan. Kemudian kita diuji dengan orang yang datang ajak kita invest la, berniaga la.... Macam-macam ayat digunakan 'mengetuk minda' untuk kita berpisah dengan wang kita untuk keuntungan lebih banyak.

Ada juga sesuatu tugas yang kita beri tetapi wang diambil dan tugasnya tergendala. Tapi...

Dalam banyak-banyak penipuan, penipuan orang-orang yang menipu atas nama agamalah yang paling mengecewakan. Dengan penipu biasa, kita marah kerana rasa bodoh. Tapi dengan mereka yang mempunyai latar belakang benar-benar bermain dengan keyakinan kita mengenai kebaikan dan pahala. Kita bantu mereka kerana pahala yang ingin kita raih. Dari mulut mereka juga sentiasa berkata menderma kepada mereka, tahfiz mereka, duduk bersama mereka akan mendapat ganjaran berganda-ganda. Namun apabila mereka tergamak menipu wang kita dimana agaknya semua nasihat dan peringatan mereka?

Saya telah merasa sakit dan peritnya ditipu apabila telah yakin 100% malah membayar habis pembinaan rumah saya melalui orang-orang yang saya kenali puluhan tahun lamanya. Apabila wang kita diambil seakan kita menjadi total strangers kepada mereka. Semua kenangan bersama, kebaikan kita dilupa begitu saja. Saya menjadi fobia dan serba salah apabila ingin menderma melalui mereka yang mempunyai penampilan wara dan suci mulus ini. Serik belum reda. Sehingga saya memujuk diri, "tak apalah mereka mengambil wang yang tidak pernah menjadi milik saya, sekadar diberi Allah untuk menikmati saja. Bila-bila masa Allah ingin menguji, ia akan terpisah dari simpanan saya."

Cuma sedihnya ukhuwah sebagai seorang Muslim tercalar kerana wang dan ia serendah-rendah nilai pada sesuatu persahabatan atau pertalian darah. Kita memang boleh memaafkan tapi tidak mungkin melupakan.

Dalam setiap penceritaan ada 2 sisi. Satu pemangsa dan satu lagi pemangsa. Walau sedih dan sakit ditipu mereka, HARUS bersyukur kerana kita adalah mangsa yang akan mendapat belas kasihan Allah SWT. Sementara pemangsa, masa mereka pasti tiba, tidak di sini, di sana.

Yang paling JAHAT adalah penyokong yang kerana taksub akan memberi segala alasan untuk melindungi kesalahan mereka. Hatta ibu bapa mereka sendiri. Sebenarnya penipu menganiaya diri kerana pengampu sekeliling mereka BUKAN pemangsa mereka. Seorang ketua yang menipu tetapi diberi alasan seperti #maluapabossku oleh penyokongnya tentu tidak merasa berdosa dan tidak akan insaf malah sudah mendapat lesen dari penyokong untuk meneruskannya. Seorang ibu atau ayah yang mahu melindungi penipuan anaknya juga sedang menganiayai anaknya.

Semua manusia melakukan kesalahan kerana memang itu sifat yang dikurniakan supaya ALLAH MAHA PENGAMPUN tertegak dalam dada orang beriman. Namun kerana penyokong merelakan, maka sipenipu lalu menjadi sombong dan enggan mengaku dan bertaubat kesalahan. Malah diwujudnya alasan untuk menyembunyi semua kekhilafan.

Allah sayang semua ciptaan Nya. Namun adakah ciptaan Allah menyayangi diri agar tidak sombong dengan NYA? Maka nikmat mana yang sering didustakan. Tatkala datang bala, sedangkan yang menjemputnya adalah manusia?

Wallahu'alam

 

No comments: