MOHD NOH
Berita paling gempar hari ini ialah MT UMNO menyembunyikan
status akademiknya sekian lama? Menipu seluruh negara sejak berpuluh-puluh
tahun?
Seorang MT UMNO dikesan sekian lama mengguna pakai gelar PhD
tetapi sumber luar negara mendedahkan beliau sebenarrnya tidak pernah
menghabiskan PhD kerana terkandas di tengah jalan ?
Sangat-sangat jelek, buruk dan keterlaluan kerana seorang MT
UNMO menipu dan menggunakan gelaran "Doktor Falsafah" walaupun tidak
pernah berjaya menghabiskan sekolah PhD .
Sekian lama menipu negara dan Kerajaan, pernah diberi jawatan
Menteri dll kerana ada gelar PhD konon.
Kata pepatah Melayu, tidak semua anda boleh tipu orang pada
setiap masa. Bangkai gajah tidak mungkin boleh di tutup dengan nyiru, begitu
juga lah halnya dengan kelulusan seorang MT UMNO ini, sampai bila ingin
membohongi jelata sedangkan MT UMNO ini dengan ego setiap hari menyerang orang
lain dan memfitnah Kerajaan atas kapasiti MT UMNO parti Keramat bangsa Melayu.
Jika dakwaan dan desas desus yang tersebar ini merupakan fitnah
dan khabar angin, kita mohon MT UMNO ini tampil mengemukakan bukti kukuh
seperti gambar semasa konvokesyen, tajuk kajian, biasiswa Kerajaan zaman bila,
berapa kali guna Biasiswa Kerajaan dan lain-lain perkara berkaitan integriti
diri dan Universiti tersebut.
Jangan mencalar reputasi universiti luar negara. Malu kita
rakyat Malaysia. Malu negara kita.
Free Malaysia Today
Malaysiapost TV3 Malaysia Malaysiakini BERITA RTM SABAH Berita RTM RTM - Radio Televisyen
Malaysia MalaysiaNow UMNO Online UMNO Harian Metro Berita Terkini
Harakahdaily.Net / Politik Berita Harian Online
Sinar Harian
BBC News Insaf TV Insaf Kini Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM) Kementerian Pendidikan
Malaysia Zahid Hamidi Pakatan Harapan