RAKYAT BUKAN BODOH
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 30/05/2021
( 1 - 25 )
1. 'Rakyat Bukan
Bodoh
Tapi Pemimpin
Percaya
Mereka Boleh
Terus
DiPerbodohkan'
'Rakyat Bukan
Miskin Jiwa
Dan Pemikiran
Tapi Sengaja
DiMiskinkan'
itu sebahagian kata - kata Presiden pertama Indonesia, Soekarno yang juga dikenali dengan panggilan Bung Karno ( Al Fatehah ).
2. Pada jam 8.30 malam hari Ahad lepas bersamaan 23hb Mei sebahagian rakyat menonton WAWANCARA KHAS Mahiaddin yang disiar KONONNYA secara langsung atau 'live'.
3. SEKALI LAGI RAKYAT DITIPU.
4. Wawancara yang kononnya 'live' itu SEBENARNYA telah dirakam lebih awal; ini berdasarkan waktu yang jelas tertera di jam tangan beliau yang menunjukan 6 petang BUKAN 8.30 malam.
5. Ini PERLU dilakukan bagi memperbaiki atau 'edit' rakaman tersebut.
6. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir seluruh dunia sudah mula mengenali beliau sebagai
BAPA PERUTUSAN KHAS
dan
BAPA PINTU BELAKANG
7. Sejak menubuhkan Kerajaan PINTU BELAKANG sudah 43 kali beliau menyampaikan mesej secara SIARAN KHAS; ini bermakna
43 kali ÷ 14 Bulan =
3 kali sebulan.
8. Ada 2 sebab WAWANCARA KHAS itu diadakan :
i. bagi MENUNJUK DAN MEMBUKTIKAN KEBERANIAN beliau bersemuka dengan wartawan lantas MENANGKIS tuduhan ramai bahawa beliau HANYA GILAKAN JAWATAN tapi TAPI TAKUT berhadapan dengan pemberita walaupun pemberita tempatan.
ii. bagi MENAGIH SIMPATI sekali gus BERHARAP MENDAPAT SOKONGAN rakyat kepada beliau.
9. Tanpa emosi dan berat sebelah, Mahiaddin sekali lagi 'GAGAL' apabila semasa Wawancara Khas tersebut beliau MENEKANKAN 3 perkara penting :
i. "nak kata saya bodoh , katalah, saya tak kisah"
ii. "takkan saya nak jaga 32 juta rakyat"
iii. "bukan senang nak mengurus pendemik COVID ini"
10. i. PENGAKUAN TERBUKA beliau itu dengan sendirinya MENGESAHKAN lagi tanggapan rakyat - memang dia ni bodoh tapi tak sangka lebih bodoh dari yang dijangka.
DAH TERANG
LAGI BERSULUH
hanya mereka yang serupa dengannya menganggap dia cerdik.
ii. jika SANGGUP Merampas Kuasa , bukankah menjadi TANGGUNGJAWAB seorang Perdana Menteri menjaga kesemua 32 rakyat malah selagi ada gunung dan lautan kepunyaan negara juga WAJIB dijaga?
iii. jika tak tahu nak mengurus wabak COVID 19, TUNGGU APA LAGI, BERUNDUR SAJALAH.
11. Perlu di ingatkan sekali lagi :
PERKARA 43 ( 3 )
Perlembagaan
'Jika hilang sokongan MAJORITI Ahli.- Ahli
Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri PERLU letak jawatan serta merta MELAINKAN Parlimen dibubar.
12. Apakah selain dari TAKUT KECUNDANG dan berbagai ROMPAKAN dilakukan menyebabkan Parlimen digantung?
13. Tidak dinafikan ada beberapa negara lain juga menguatkuasakan darurat, namun Parlimen mereka TETAP Bersidang seperti biasa.
14. Tertanya juga di dalam hati apakah Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengerusi-Pengerusi GLC dan Parti masih ada perasaan malu dan harga diri dengan mengutamakan rakyat khususnya pengundi sehingga menyebabkan mereka sanggup
MENCONTENG
ARANG DI MUKA
15. Sah, mereka SEBENARNYA adalah 'KATAK' yang sanggup melompat dari satu kolam ke kolam lain TANPA PEDULI rakyat marhaen ASALKAN boleh terus MENDAPAT KESENANGAN DAN KEMEWAHAN sama ada halal mahupun haram.
16. Silap jika mereka, termasuk Mahiaddin percaya bahawa tidak akan dihukum dan dipenjarakan atas segala kesalahan.
17. Janganlah fikir undang - undang HANYA untuk rakyat biasa saja dan mereka yang diamanahkan boleh terus melakukan apa saja.
18. INGAT SEBELUM TERLEWAT kerana pada PRU 15 nanti rakyat yang DIPANDANG SERONG DAN DI PERBODOHKAN selama ini akan menghukum anda melalui Peti Undi.
19. Kini Parti BERSATU mula BERKECAI.
20. Sudah ada beberapa orang Menteri Kabinet secara senyap TELAH PUN BERTEMU Tun Dr. Mahathir.
21. Bak kata orang Kedah :
'HANG
TUNGU.... !!'
22. Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu TIDAK NAMPAK DAN TIDAK TAHU penderitaan rakyat kini ATAU apakah Agong dan Raja - Raja Melayu juga serupa seperti Menteri - Menteri 'MENANGGUK DI AIR KERUH’?
23. Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu SUDAH LUPA SUMPAH mereka hingga TERLUPA penderitaan majoriti 32 juta rakyat yang telah berkorban MEMBERI KEMEWAHAN DAN KESENANGAN HIDUP kepada mereka selama ini?
24. 'PISAU
DI TANGAN
ANDA'
'TEPUK DADA
TANYA SELERA'
asalkan
'NASI TIDAK
MENJADI
BUBUR'
25. Saya menyampaikan keluhan rakyat yang diANGGAP BODOH tapi sebenarnya mereka TIDAK SEBEGITU; rakyat sedang melihat 'LAKONAN' mereka yang telah diAMANAHKAN dengan penuh KESABARAN.
Wassalam
Terima Kasih.