Peguam muda ini persoal betul ke darurat untuk bantu rakyat?

 


Peguam muda ini persoal betul ke darurat untuk bantu rakyat?


Sepanjang tempoh Darurat, Perlembagaan sebut ada 6 perkara yang tidak boleh diusik dan diubah iaitu undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta bahasa. (Perkara 150 (6A))

Selain 6 perkara di atas, Perlembagaan sebut, semua perkara boleh dibuat jika perkara itu perlu dilaksanakan dalam tempoh darurat (“if it appears that the law is required by reason of the emergency”) (Perkara 5)

Darurat ni dalam bahasa mudahnya…pengecualian. Yang tak boleh, dibolehkan. Kalau dalam Islam, yang haram jadi halal. Kalau dalam sivil, dibolehkan yang asalnya tidak dibolehkan oleh undang-undang. Objektifnya satu saja…memudahkan di saat dalam kesusahan.

Dalam Perlembagaan sebut, jika berlaku ancaman yg serius kepada keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam, maka kerajaan boleh isytihar Darurat. (Perkara 150(1))

Kenapa Perlembagaan beri kuasa tersebut kepada Kerajaan? Sebabnya untuk “memudahkan” urusan Kerajaan sebab dalam suasana genting, semua urusan perlu dilaksanakan dengan cepat dan segera.

Sebelum Darurat, rakyat diberi kebebasan, demokrasi. Tetapi dengan Darurat, kerajaan pula diberi banyak kebebasan/kelonggaran dalam pentadbiran. Darurat adalah “privilege” kepada Kerajaan, bukan kepada rakyat. Rakyat tiada kuasa isytihar Darurat atau minta Darurat. Sekalipun Darurat itu hak Kerajaan, tetapi dalam sebuah negara demokrasi, manfaatnya mestilah kembali kepada rakyat.

Oleh kerana Darurat menghampiri kuasa mutlak, diktator, maka Kerajaan hanya boleh guna Darurat untuk 3 suasana genting seperti di atas saja. Ketika Darurat, hampir semua perkara boleh dibuat kecuali 6 perkara saja seperti yang disebut dalam Perkara 150(6A) Perlembagaan di atas.

Sekali lagi, objektifnya ialah untuk “memudahkan” pentadbiran kerajaan. Dengan Darurat, prosedur yang panjang boleh dipendekkan dan yang tidak boleh, dibolehkan.

Selama ni kita difahamkan Darurat ni adalah Darurat Covid. Selain untuk turunkan kes Covid yang tak turun-turun, kita sangka baiklah Kerajaan gunakan Darurat sebab nak bantu ringankan beban rakyat. Tapi apa yang rakyat rasa tidak begitu.

Salah satu contohnya, ini. Pelik juga bila waktu Darurat ni menteri masih lagi bagi alasan tiada kuasa ke atas bank dan Parlimen tidak boleh dibuka dengan alasan tidak masuk akal.

Kalau dalam tempoh Darurat pun kerajaan susah nak buat itu dan ini untuk rakyat, elok la rakyat tanya balik kerajaan…betul ke Darurat ni untuk bantu kami?

#kitajagakita

Mohd Fitri Asmuni

Sumber: https://www.facebook.com/764123100/posts/10158823670573101/?d=n

No comments: