Beberapa kawasan di P Pinang, Sabah, Pahang bawah PKPD


Beberapa lokaliti di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang diletakkan bawah PKPD selama 14 hari bermula 4 Jun ini.

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

Ia membabitkan 13 lokaliti sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang iaitu, Sri Bayu, Bayu Tiara, Bayu Nyaman, Halaman Murni, Bayan Permai, Bayan Tiara, Taman Ara Indah, Kampung Bukit, Kampung Perlis, Kampung Masjid, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit.

Di Sabah PKPD membabitkan Lorong Taman Utama 5, 6, 7 dan 8, Taman Utama, Sandakan, Kampung Sepagaya Hulu, Silam, Lahad Datu, Rumah Murah Kepayan, Kampung Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu.

Sementara itu, 15 lokaliti baharu dalam Mukim Pekan, Kunak, Sabah juga dikenakan PKPD membabitkan, Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Kunak Jaya, Kampung Singgah Mata, Kampung Kunak Kecil, Kampung Bagiang, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd Noor, Kampung Pangkalan Lama, Kampung Pangkalan Laut, Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.

Di Pahang PKPD membabitkan empat taman perumahan di Mukim Bentong iaitu Taman Bentong Makmur C, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

Dalam pada itu, Ismail berkata PKPD di SMU Pantai Manis, Papar, Sabah, yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 17 Jun susulan masih berlaku penularan jangkitan selepas 940 ujian saringan dibuat.

Beliau memaklumkan PKPD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai, Johor, akan tamat esok dan PKPD di Gugusan Mendi, Bera, Pahang, ditamatkan hari ini.

“Semalam, polis turut menahan 792 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 781 individu dikompaun, 10 direman manakala seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (180), tidak memakai pelitup muka (170), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (102), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (88), membawa penumpang berlebihan (88), premis gagal patuh arahan (9) dan lain-lain (20),” katanya dalam kenyataan.

No comments: