MOHD IZWAN
U-Turn tentang kelulusan beroperasi di kala "lockdown"
diumumkan pada 6:50pm di media massa. Sebelum ini kilang minuman keras perlu
mendapatkan kelulusan daripada KPDNHEP (lihat surat kelulusan kilang Heineken
tahun lepas). Bila U-Turn, kelulusan semua sektor ekonomi perlu diperolehi
daripada MITI.
Hari ini, pengunguman tentang tidak membenarkan semua kilang
arak beroperasi diumumkan pada 6:25pm di media massa. Dalam laporan pihak media
juga menyebut kesahihan surat kelulusan daripada MITI (CIMS) tidak dapat
disahkan benar atau tidak. TETAPI MENTERI Ismail Sabri Yaakob
dalam kenyataan menyatakan "Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan
yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan".
JADI IKUT KENYATAAN MENTERI, SURAT ITU BETUL DAN KELULUSAN TELAH
DIKELUARKAN.
SOALAN AKU.
Pengunguman tentang U-Turn semua kelulusan beroperasi sektor
ekonomi perlu dimohon ke MITI dibuat selepas waktu pejabat. JADI SIAPA YANG
MELULUSKAN PERMOHONAN KILANG CARLSBERG UNTUK BEROPERASI DI LUAR WAKTU PEJABAT?
Jika waktu pejabat pun, pengalaman aku menelefon jabatan-jabatan KERAjaan ini,
punya lah payah nak angkat telefon. Ini dapat kelulusan diluar waktu pejabat.
ATAU
CIMS (Covid-19 Intelligent Management System) sebenarnya tidak
memerlukan pihak Kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan, tetapi ianya
dikeluarkan secara automatik? Jika ya, bijak sungguh sistem ini. Berapa juta
pula dibelanjakan untuk membangunkan sistem ini dari tahun lepas?