ABANG BESAR DIA PANGGIL...KAH...KAH...KAH APA DIA NAK CAKAP?

 

Penerbangan ‘curiga’ 16 pesawat China: Putrajaya panggil duta besar, hantar bantahan diplomatik


PETALING JAYA: Kementerian Luar akan membuat bantahan diplomatik mengenai penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang dikesan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan, Wisma Putra berkata Duta Besar China juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China menghampiri ruang udara negara pada 31 Mei lalu.

Pesawat berkenaan dikesan memasuki Zon Maritim Malaysia (ZMM) oleh Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

TUDM melancarkan jet pejuang Hawk 208 dari Skuadron ke-6 Pangkalan Udara Labuan untuk memintas pesawat setelah tidak ada tindak balas dari mereka mengenai perintah untuk berpatah balik.

Sebaliknya, mereka menuju ke perairan Sarawak.

Pesawat China berkenaan akhirnya berpusing dan pergi ke arah yang sama ketika memasuki ZMM.

Dalam kenyataannya, TUDM menyifatkan insiden itu  “perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan di dalam Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR).”

No comments: