Guan Eng mengaku, DAP dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sebelum ini pernah menamakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.
“Tetapi itu dulu, sekarang DAP bersama rakan gabungan dari AMANAH tetap mencalonkan Anwar. Sekiranya ada perubahan calon, ia mestilah melalui Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN,” katanya sebagai panel jemputan diskusi “Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita” yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Majlis Profesor Negara (MPN), baru-baru ini.