COVID-19: 3,847 kes baharu, 12 kematian - Dr Noor Hisham

 

Astro Awani
COVID-19: 3,847 kes baharu, 12 kematian - Dr Noor Hisham
Malaysia merekodkan sebanyak 3,847 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 238,721 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 3,847 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 238,721 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 50,894 kes.
Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 1,481 kes dan diikuti Johor (585) Kuala Lumpur (402) dan Sabah (233).
Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 12 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 857 kes.
Setakat ini, sebanyak 305 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 139 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh terus mencatat peningkatan sebanyak 1,692 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 186,970 kes.

No comments: