FAEZUDDIN PUAD
1. Melalui kenyataan media Muhyiddin semalam, beliau menyatakan
Tuanku YDPA dan Raja-Raja Melayu cuma beri "PENDAPAT" tidak perlu
isytihar darurat.
2. Setahu saya, hasil musyawarah di antara YDPA dan Majlis
Raja-Raja Melayu semalam telah mengeluarkan satu TITAH bukan PENDAPAT.
3. Baginda Tuanku YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu telah
menitahkan Muhyiddin supaya tidak mengisytiharkan darurat di mana-mana bahagian
di Malaysia.
4. Adakah Muhyiddin rasa tak puas hati apabila cadangan untuk
isytihar darurat ditolak oleh YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu sehingga
menganggap ianya merupakan satu 'PENDAPAT'?
5. Nasihat saya kepada Muhyiddin, jangan biadap dan hormati
TITAH Tuanku YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Sekian.