Ustaz Azhar Idrus tidak dapat tauliah mengajar di Terengganu?

Ustaz Azhar Idrus tidak dapat tauliah mengajar di Terengganu?



Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan sehingga kini gagal memperolehi tauliah mengajar agama di seluruh Terengganu walaupun kerajaan negeri kini di bawah Pas.
Menurut sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), proses pentauliah kepada pendakwah berusia 56 tahun itu pernah dibuat pada 2019 namun sehingga kini tiada kelulusan diberikan kepada Ustaz Azhar Idrus daripada pihak kerajaan negeri, lapor Terengganu Report, sebuah laman web di Terengganu.
Kata sumber berkenaan, perkara itu dalam makluman Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.
Kegagalan Ustaz Azhar Idrus memperolehi tauliah mengajar di masjid, surau dan majlis ilmu seluruh negeri memberi implikasi undang-undang menurut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Tahun 2001.
Beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 103 enakmen tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Ustaz Azhar sentiasa digunakan oleh Pas untuk menarik penyokongnya ke majlis ceramah dan program mereka.
Sebelum ini, beliau pernah mengkritik Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri kerana tidak mengawal aktiviti yang dianggap beliau sebagai maksiat walaupun telah menjadi kerajaan di negeri itu.

No comments: