Muhyiddin harus ‘rujuk’ semula ke PH
MSO
Saya setuju dengan catatan Dr Mazlan Ali jika Muhyiddin Yassin mahu mencari rakan penyelamatnya, tokoh itu adalah Anwar Ibrahim.
Apa ditulis Mazlan tepat, berbanding dengan Najib Razak, Mahathir Mohamad atau Zahid Hamidi apa lagi Azmin Ali ternyata Anwar terbaik.
Saya cuolikan catatan Dr Mazlan di sini.
“Dgn kedudukan 113 kerusi, dan kedudukan kerajaan PN yang semakin lemah dengan keuzuran MP Maximus Ongkili serta hukuman 12 tahun penjara dan 210 juta denda yang dihadapi Najib Razak, Muhyiddin hampir pasti sedang mencari dahan bertaut yang baru, dan satu-satunya pilihan yg ada bagi Muhyiddin adalah menghulurkan tangan kepada Anwar Ibrahim yang dilihat mampu menyelamatkan kerajaannya.
“Dan itu (menerima Muhyiddin) bukan masalah bagi beliau (Anwar) kerana “track record” menunjukkan Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik paling berprinsip sejak empat dekad yang lalu. Menyambut tangan Muhyiddin tidak menjadi kudis bagi Anwar Ibrahim sedangkan Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini memperlakukan segala bentuk tindakan politik terhadap Anwar pun boleh dimaafkan oleh beliau.
“Menerima kembali Muhyiddin dan mewujudkan sebuah kerajaan mandat rakyat akan meninggikan reputasi Anwar di mata rakyat, dan saya yakin reform yg akan bakal dibina Anwar dalam kerajaan mandat rakyat akan meneguhkan sokongan kepada kolisi baru ini di masa depan.
“Kepada pengkritik, usah dipandang rendah kemampuan Anwar. Beliau dalam situasi terbaik utk mengambilalih negara ini sebagai Perdana Menteri suatu hari kelak.” Trims.