Apa ada pada Jepak.

A



Ahmad Shauqi

Nama Jepak kini terkenal dengan kaitan kes skandal melibatkan Rosmah, isterinya Najib.
Dalam PRN Sarawak yang lalu saya telah mengatur satu lawatan penting YB Dr Wan Azizah (Presiden KEADILAN) ke RUMAH PALING MISKIN DI JEPAK.
Adalah menjadi keutamaan saya, apabila berurusan dengan pimpinan, kemiskinan rakyat diberi fokus.
Sebelum itu saya telah meminta kepada penduduk setempat untuk menunjukkan kpd saya, keluarga paling miskin di Jepak Sarawak.
Saya kemudiannya dibawa ke sebuah rumah keluarga nelayan sungai. Rumahnya uzur, biliknya satu. Tak muat untuk menampung ahli keluarga, hingga menyebabkan bila malam ada ahli keluarga yang terpaksa menumpang tidur di rumah jiran yang lain.
Jadual presiden ketat. Peringkat awal cadangan saya ditolak oleh Setiausaha Politik Presiden kerana sudah hampir dengan waktu untuk berangkat ke lapangan terbang. Tapi akhirnya dipersetujui.
Kami terus menuju ke rumah paling miskin di Jepak. Tiba disana, jentera Parti Keadilan Rakyat telah pun sedia menunggu. Saya membantu YB Presiden bertemu dengan ahli keluarga. Kemudian saya mengajak YB Presiden masuk ke dalam rumah memerhatikan tahap kedaifan rakyat. Bagaimana tempat tidur rakyat. Dapurnya bagaimana. Tandasnya pula. Dan bagaimanakah anak-anak keluarga ini belajar dalam rumah yang sempit. Bantuan diberi.
Keluarga ini dan rakyat Jepak hampir setiap hari melihat kekayaan negeri di depan mata. Jumlah batang2 balak-balak disungai berdekatan luar biasa banyaknya.
Tapi adakah kekayaan negeri diagihkan dengan adil?



No comments: