KISAH TANAH REZAB MELAYU. KENYATAAN GUAN ENG



Al Kisahnya tersebutlah Kisah....
Dalam perbahasan MP Bagan, Kata Lim Guan Eng di Parlimen.. mantan Menteri kewangan yang Sah..sepanjang dia jadi Menteri Kewangan.. Dari kuasa yang ada pada dia..Satu aset Negara pun dia tak jual sebagai atas kapasiti kelulusannya sebagai menteri kewangan..
Bayangkan satu aset negara pun dia tak jual.. apalagi aset Ummat Islam Tabung Haji yang difitnahkan kepada Lim Guan Eng... Ia adalah urusan pegurusan Tabung Haji, tidak berkaitan dengan urusan dan kuasa Menteri Kewangan.. Kenyataan Lim Guan eng itu tak mampu disanggah MP UMNO.. Mungkin nanti akan di spin Najib di facebook..
Itulah sifat amanah yang ada pada bukan Islam.. Itulah hakikat yang kita kena maklum.. Selama ini yang gadai tanah tanah Melayu, yang gadai aset aset negara adalah kerja bani Melayu UMNO..
Cuba lihat mudah faham dalam kes 1MDB, Tanah TRX ada yang dijual kepada Pemaju China di zaman Najib.. itu asalnya tanah kerajaan.. habis dengan Penjara Pudu dan kawasan sekitarnya warisan negara dirobohkan dan digadaikan hanya kerana pembagunan dan kepentingan sesetengah pihak..
Bayangkan tanah TRX..Tabung Haji terpaksa beli tanah Kerajaan yang dijual dengan harga RM 5 juta kepada 1MDB dengan harga berpuluh kali ganda lebih tinggi..lebih RM 188 juta.. Mudah faham kenapa Kerajaan tak jual terus pada Tabung Haji.. ? itu lah hebatnya Najib yg disanjung Ulama PAS..
Begitu juga aset Strategik dan melibatkan keselamatan negara, Seperti Lapangan terbang dan kem TUDM Sungai besi, Siapa yang gadai.. Menteri Kewangan Melayu atau Cina ? Sudah tentu dari kalangan bani Melayu UMNO...
Dalam sejarah negara kita.. Berdirinya Kasino di bukit Genting.. Wujudnya Kilang Arak Carlsberg, tergadainya Tanah tanah Melayu hatta Kedaulatan Singapura berlaku dari tangan tangan Melayu UMNO bukan DAP.. Ia datang dari jasa mantan PM dan bapa kepada pemimpin UMNO hari ini..Malah sejarah perasmian Kilang Arak itu jasanya bukan dari menteri MCA, tetapi UMNO..
Tengok saja pembagunan Hartanah tak kira premis Perniagaan, Kawasan perumahan, Aprtment dan Kondo sekeliling kita yang dimiliki bukan Bumiputera.. Apakah ini kerja DAP ? Tidak.. Hal ehwal Tanah adalah menjadi bidang kuasa Menteri Besar yang sejarahnya dipegang oleh UMNO...
Tapi apa yang dibisingkan ? Pemilikan geran 999 tahun yang mahu diberikan kepada tanah Setinggan, Tanah Kampung melayu kepada orang melayu dan Cina miskin bagi meningkatkan nilai hartanah mereka.. Sedangkan pemilikan 999 tahun itu hanya melibatkan Tanah yang sudah diduduki dan sudah jadi hak milik berpuluh tahun lama nya..Bukannya Kerajaan baru buka kawasan dan tanah baru untuk diberikan..
Bila Tanah mahu diberikan kepada rayat miskin, kepada rakyat depa bising main sentimen Perkauman.. Bila diberikan kepada tauke tauke Cina.. diberikan kepada Pemaju dengan statu hak milik kekal mereka diam membisu..Tetapi itulah bani Melayu..mudahnya Bani Melayu dibodohkan dengan sentimen Perkauman Agama dan kaum......
Yang Peliknya yang jadi dalang hasutan kaum ini ada datang dari kelompok agamawan hatta Mufti.. 🙂
Kredit Ipohmali

No comments: