KERAJAAN WARISAN SABAH TERGUGAT DENGAN PEMBEBASAN MUSA AMAN ?



KENYATAAN MEDIA YB BEN CHONG CHEN BIN ADUN N2 TANJUNG KAPOR

Imej mungkin mengandungi: Ben Chong

KUDAT : Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor, Ben Chong hari ini sekali lagi menyatakan pendirian beliau akan terus kekal bersama Parti Warisan Sabah.

Kenyataan ini sekaligus menafikan khabar angin yang berlegar sejak petang kelmarin bahawa Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri Sabah itu sudah menandatangi Statutory Declaration (SD) untuk menyokong Tan Sri Musa Aman.

Bulan Mei lepas, Ben telah menyatakan pendirian beliau untuk kekal menghormati mandat rakyat Tanjung Kapor yang mengundi beliau atas tiket Parti Warisan Sabah.

“Tiada sebab kenapa saya perlu mengkhianati rakyat di kawasan saya walaupun, saya dikatakan bakal dilantik Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah dalam pentadbiran kerajaan baharu yang kononnya dipimpin oleh Musa sebagai Ketua Menteri.

“Saya juga sama sekali tidak akan membelot Presiden saya (Datuk Seri Shafie Apdal) yang juga Ketua Menteri Sabah serta rakan-rakan barisan kepimpinan Warisan.” tegas beliau.

Ben yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Warisan dan Naib Ketua Bahagian Warisan Kudat terkejut apabila mendapat tahu beliau berada dalam kabinet Musa dengan memegang jawatan menteri penuh.

Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sengaja mereka cipta propaganda tersebut kerana memandang tinggi kedudukan beliau namun menasihati mereka agar jangan buat kerja sia-sia macam tu kerana tiada yang berubah.

“Ben Chong IS NOT FOR SALE and it’s final. Sudah-sudahlah pihak sebelah menghantar agen mereka untuk melobi saya melalui kawan-kawan rapat saya.

“Rakyat Tanjung Kapor undi saya untuk perjuangkan mereka melalui Parti Warisan Sabah. Kenapa saya perlu membelot kepercayaan yang mereka berikan pada saya hanya semata kerana tawaran Wang Ringgit yang lumayan, nilai projek beratus juta dan jawatan Menteri?”soal Ben.

Ben jelaskan, apa yang penting sekarang ialah bekerja untuk rakyat dengan seikhlas hati kerana itu adalah tanggungjawap beliau sebagai Wakil Rakyat bukan mengejar kekayaan dan jawatan.

“Saya harap kenyataan media ini dapat memberi mesej jelas kepada semua terutama sekali mereka yang berminat dengan saya yang kecil ini.” ujar Ben mengakhiri kenyataan beliau.

#TatapWarisan
#kekalberprinsip

No comments: